Utusan Borneo (Sarawak)

‘Repco Low’ didapati bersalah mengeliruk­an pasaran saham

-

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd semalam didapati bersalah atas pertuduhan cuba mengeliruk­an pasaran saham mengikut Akta Industri Sekuriti, 19 tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu terhadap Low Thiam Hock, 54, selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulka­n sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah menetapkan 19 Jan depan untuk mendengar rayuan dan menjatuhka­n hukuman selepas membenarka­n permohonan peguam Edmund Bon yang mewakili tertuduh supaya diberikan masa untuk membuat rayuan lengkap bagi meringanka­n hukuman.

Mat Ghani juga membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya dari

Suruhanjay­a Sekuriti Ros MawarRozai­nsupayater­tuduh menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan mengekalka­n jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.

Hakim dalam keputusann­ya berkata pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian.

“Selepas mahkamah membuat penilaian maksimum, meneliti keterangan tertuduh dan saksi, pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh. Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 84(1) Akta Industri Sekuriti 1983,” katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 25 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan termasuk pakar pasaran saham.

Pada 1999, Low, yang lebih dikenali sebagai Repco Low dituduh di Mahkamah Sesyen kerana didakwa mengarahka­n seorang wakil Sime Securities Sdn Bhd untuk membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Perbuatan itu didakwa boleh menimbulka­n kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

Low dari Kota Kinabalu, Sabah, didakwa melakukan kesalahan itu di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, antara jam 11 pagi dan 5 petang, 3 Dis 1997.

Pertuduhan mengikut Seksyen 84( 1) Akta Industri Sekuriti 1983 dibaca bersama Seksyen 88(b) akta sama itu memperuntu­kkan hukuman minimum denda RM1 juta dan penjara sehingga 10 tahun.

Pada 14 Nov 2006, Mahkamah Sesyen melepaskan Low daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pertuduhan itu adalah cacat.

Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalka­n pembebasan Low, bagaimanap­un pada 28 Feb 2013, Mahkamah Rayuan memerintah­kan Low membela diri terhadap pertuduhan cuba mengeliruk­an pasaran saham itu.

Panel tiga anggota yang ketika itu diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarka­n rayuan pendakwaan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2006 yang membebaska­nnya tanpa dipanggil membela diri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Low keluar dari Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba mengeliruk­an pasaran saham syarikat itu pada 1997.
— Gambar Bernama BERSALAH: Low keluar dari Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba mengeliruk­an pasaran saham syarikat itu pada 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia