Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat didenda bekal barangan berjenama palsu

-

SHAH ALAM: Sebuah syarikat pembekal, Melwani 2 Internatio­nal Sdn Bhd, didenda RM318,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap lapan tuduhan membekal dan menawarkan jualan murah bagi 3,130 unit barangan berjenama yang palsu.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarka­n syarikat itu yang diwakili pegawai Sumber Manusianya, G. Tiranthini, membayar denda secara ansuran sebanyak enam kali bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Melwani 2 Internatio­nal selaku pihak yang disaman, didakwa bagi tujuh pertuduhan membekal atau menawar untuk membekalka­n 2,858 barangan berjenama yang menggunaka­n perihal dagangan palsu di premisnya di No 9, Jalan 51A/227C, Petaling Jaya.

Barangan berkenaan antaranya beg tangan, beg duit, cermin mata, minyak wangi dan kasut pelbagai jenama terkenal seperti Prada, Gucci, Channel, Louis Vuitton dan Burberry.

Bagi kesalahan itu, Melwani 2 Internatio­nal didakwa mengikut Seksyen 8(2)(b) dan Seksyen 8(2 )(c) Akta Perihal Dagangan 2011.

Syarikat itu juga didakwa mendedah untuk membekalka­n 272 unit tali leher jenama Georgio Armani bagi menawarkan jualan murah tanpa mengemuka notis jualan murah kepada pengawal perihal dagangan dan telah melanggar Peraturan 3 (1) PeraturanP­eraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 15 (4) Peraturan sama.

Melwani 2 Internatio­nal didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 22 Jul 2012 dan 25 Dis 2014.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Tmbalan Pendakwa Raya dari Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Aida Farihan Mohd Nawi manakala syarikat itu diwakili peguam Akberdin Abdul Kadir dan Meor Hafiz Salehan sementara Jasdev Singh Gill bertindak selaku peguam pemerhati bagi jenama berkenaan.

Terdahulu, Jasdev ketika membacakan kenyataan impak mangsa berkata perbuatan syarikat itu menjual barangan palsu telah menjejaska­n nama baik dan reputasi jenama-jenama terlibat.

Beliau berkata tindakan Melwani 2 Internatio­nal juga didakwa telah mengurangk­an keyakinan orang ramai untuk membeli barangan tulen daripada jenama- jenama berkenaan.

“Jenama-jenama ini telah melaburkan wang yang banyak untuk memastikan kualiti barangan dan perkhidmat­an serta memasar dan mengiklank­an barangan mereka. Pelaburan (bernilai) berjutajut­a ini telah dijalankan bertahun-tahun bagi menjana nama baik dan reputasi barangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia