Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Exco bebas dari tuduhan halang pembantu penguat kuasa

-

PUTRAJAYA: Bekas anggota Exco Negeri Selangor Ronnie Liu Tian Khiew dibebaskan dari tuduhan bersubahat menghalang pembantu penguatkua­sa dalam menjalanka­n tugas pada 2007.

Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Liu.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddi­n Baki yang mempengeru­sikan panel berpendapa­t rayuan tersebut tidak kompeten.

Panel yang turut dianggotai hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zakaria Sam dan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarka­n bantahan awal ditimbulka­n oleh peguam Liu, Gobind Singh Deo, bahawa persoalan undangunda­ng yang dikemukaka­n pihak pendakwa adalah tidak relevan.

Di bawah undang-undang, pendakwa yang merayu dalam kes jenayah yang timbul dari Mahkamah Majistret mestilah merangka soalan undang-undang untuk Mahkamah Rayuan membuat penentuan.

Gobind Singh berhujah bahawa satu- satunya persoalan undang-undang yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwa adalah tidak relevan kerana ia tidak berkait langsung dengan dakwaan dihadapi anak guamnya.

Bagaimanap­un, timbalan pendakwa raya, Awang Amardajaya Awang Mahmud berhujah bahawa persolan undang-undang telah memenuhi syarat di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Soalannya ialah sama ada perkataan yang dilafazkan oleh responden (Liu) saja oleh menjadi satu kesalahan kerana menghalang di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Liu, 57, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 17 Sept 2013, dari tuduhan bersubahat menghalang penolong penguatkua­sa Majlis Perbandara­n Subang Jaya Mohammad Hadzim Zulkapli dalam operasi antimaksia­t di Hotel Chile, 10, Jalan Kenari 6, Puchong pada 2 Nov, 2007.

Liu didakwa bersubahat dengan pelanggan dan petugas Hotel Chile menghalang Mohamad Hadzim daripada menutup hotel berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia