Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri didakwa kerana edar 99kg kanabis

-

KANGAR: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kangar semalam atas pertuduhan mengedar 99 kilogram dadah jenis kanabis pada 27 Dis lepas.

Shahareeil Said, 35, dan Siti Hajar Abdullah, 25, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhi hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan yang diba- cakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim disambut dengan anggukan tanda faham oleh tertuduh tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mohd Izmi kemudian menetapkan 21 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia dan proses lantikan peguam.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa melakukan kesalahan itu di Laluan Import Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar di sini pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad.

Terdahulu, suasana menjadi suram apabila anak lelaki Siti Hajar yang berusia kirakira empat tahun, menangis teresak-esak sambil memanggiln­ya sebaik melihat dia tiba di pekarangan kompleks mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis Kamarudin Jaafar berkata tertuduh itu juga baharu melahirkan bayi perempuan pada Khamis lepas.

“Tertuduh melahirkan bayinya di sebuah hospital di sini ketika masih dalam tempoh tahanan reman di lokap kastam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia