Utusan Borneo (Sarawak)

Pengajar sekolah memandu didenda

-

JOHOR BAHARU: Seorang pengajar sekolah memandu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang calon ujian memandu, dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Rosmala Abidin, 52, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosmala didakwa menerima rasuah sebanyak RM300 daripada Sahina Omar, 34, di sebuah restoran dalam sebuah pasar raya di Jalan Air Hitam, Simpang Renggam, Kluang dekat sini, kira-kira jam 6 petang pada 30 Sept 2014.

Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu Sahina mendapatka­n Lesen Memandu Kelas D ‘gerenti lulus’ di tapak ujian memandu di Simpang Renggam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah agar meringanka­n hukuman disebabkan dia ialah ibu tunggal, berpendapa­tan RM1,030 sebulan dan perlu membayar rumah sewa RM300 sebulan.

Namun, pihak pendakwaan mahu agar hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira faktor kepentinga­n awam.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor Noor Fazlin Hamdan berkata kes seperti lesen terbang ini secara tidak langsung mengakibat­kan banyak kemalangan maut di atas jalan raya disebabkan pemandu belum lagi layak mendapatka­n lesen memandu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia