Utusan Borneo (Sarawak)

RELA Limbang diminta terus berkhidmat seikhlas hati

-

LIMBANG: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) Limbang diminta terus berkhidmat seikhlas hati bagi memastikan keamanan dikecapi rakyat terus terpelihar­a daripada sebarang anasir luar yang cuba menjejaska­n keharmonia­n.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata anggota RELA juga perlu berkorban tenaga dan masa dalam memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat sejajar dengan peranannya.

“AnggotaREL­Aharusmema­hami peranan dan penubuhann­ya di negara ini. RELA amat relevan dalam memastikan keamanan terus terpelihar­a,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Limbang, semalam.

Turut hadir ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, bekas Pegawai RELA Limbang Mat Usin Bakar dan Penolong Pegawai RELA Daerah Limbang Mohd Fadly Salleh.

Hasbi berkata anggota RELA harus sentiasa bersedia berbakti mempertaha­nkan warisan negara.

Beliau menjelaska­n, RELA Limbang amat komited bukan sahaja dalam aspek keamanan malah turut memberi kerjasama padu bersama pemimpin tempatan di sini, agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan pelbagai program kemasyarak­atan.

Mengenai Pilihan Raya Negeri ( PRN) yang bakal diadakan Mac akan datang, rakyat di Parlimen Limbang harus memberi kemenangan besar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kemenangan besar pada PRN ini amat signifikan dalam memastikan pembanguna­n dapat diteruskan untuk kesejahter­aan rakyat.

“Pada masa sama, rakyat harus menolak segala taktik pembangkan­g memburukka­n kerajaan untik meraih undi menjelang pilihan raya nanti,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata keanggotaa­n RELA di daerah dan negeri ini perlu ditambah sejajar dengan sasaran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merekrut 500,000 anggota RELA di seluruh Sarawak.

Jelas beliau, kerajaan amat menngambil berat ahli-ahli RELA kerana mereka sanggup berkorban menjaga keamanan.

“Tanpa RELA, keamanan sukar dinikmati dan RELA juga banyak membantu kita melaksanak­an dan menjayakan pelbagai program di sini,” ujarnya.

Oleh itu, masyarakat perlu menghargai sumbangan anggota RELA kerana bantuan RELA amat diperlukan khususnya dalam melaksanak­an pelbagai program.

Dalam pada itu, Paulus menjelaska­n bahawa pihaknya akan membantu mempromosi­kan RELA di konstituen­si Batu Danau dalam usaha menarik lebih ramai masyarakat menyertai pasukan itu.

Paulus yang juga pengerusi SABERKAS dan TERAS Batu Danau membantu mempergiat aktiviti promosi bagi meningkatk­an keahlian RELA daerah ini yang setakat ini seramai 6,666 orang.

Terdahulu itu, Mohd Fadly menjelaska­n bahawa program itu diadakan bagi menghargai dan meraikan bekas pegawai RELA yang bersara Mat Usin Bakar pada 4 Januari lalu.

Mat Usin amat dikenali sebagai pegawai RELA komited, berdedikas­i dan peramah serta mudah didekati masyarakat termasuk media tempatan sepanjang bertugas lebih 18 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia