Utusan Borneo (Sarawak)

Kekuatan BN menerusi logo dipercayai bawa pembanguna­n, perubahan, dasar

-

BETONG: Kekuatan Barisan Nasional ( BN) dilihat menerusi logo parti yang dipercayai rakyat membawa banyak pembanguna­n dan perubahan serta dasar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatka­n sokongan rakyat dalam kemenangan BN cukup sinonim dan dikenali dengan lambang yang memberi kekuatan dan sokongan padu rakyat.

“Kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) lalu membuktika­n bahawa BN masih relevan dan menunjukka­n rakyat masih memerlukan BN untuk memerintah.

“Selain lambang kukuh, saya yakin kepimpinan diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mementingk­an pembanguna­n menyeluruh terutama di luar bandar akan menambahka­n lagi kelebihan BN,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Taklimat Projek Pembanguna­n 2016 Peringkat DUN Saribas, Layar dan Bukit Saban di sini, kelmarin.

Jabu yang juga ADUN Layar mengharapk­an sokongan lebih kuat dan yakin kemenan- gan lebih besar akan diperolehi pada PRN akan datang.

“Saya yakin rakyat sebagai pemilih tidak keliru dan mudah terpedaya dengan dakyah pembangkan­g yang sengaja memancing undi.

“Kita perlu sokongan padu rakyat demi menjamin keharmonia­n dan perpaduan terus menjadi amalan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata Sarawak bakal menghadapi PRN ke-11 dan perlu bergerak seiring dan bersatu padu memastikan kemenangan besar dan memberi mandat lima tahun lagi kepada kepimpinan Adenan.

Sementara itu, ketua-ketua jabatan membentang­kan perancanga­n projek pembanguna­n 2016 bagi kawasan Parlimen Betong merangkumi DUN Saribas, Layar dan Bukit Saban.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komod- iti merangkap Ahli Perlimen Betong Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) dan Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Luar Bandar) merangkap Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kebajikan merangkap ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat dan ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam.

 ??  ?? RAPAT HUBUNGAN: Mat Usin menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi (tiga kiri) sambil disaksikan Paulus (dua kiri), Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan Mohd Fadly (kanan) di Limbang semalam.
RAPAT HUBUNGAN: Mat Usin menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi (tiga kiri) sambil disaksikan Paulus (dua kiri), Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan Mohd Fadly (kanan) di Limbang semalam.
 ??  ?? MESRA: Jabu bersalaman dengan ahli-ahli PBB yang hadir pada majlis itu kelmarin.
MESRA: Jabu bersalaman dengan ahli-ahli PBB yang hadir pada majlis itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia