Utusan Borneo (Sarawak)

PPD Julau harus berusaha tingkat pencapaian murid

-

SIBU: Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum menggesa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau mencari mekanismet­erbaikmena­mbah bilangan murid memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Salang berkata, jika dibandingk­an dengan daerah lain bilangan murid memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam di Julau masih rendah.

Katanya, rentetan itu adalah wajar PPD Julau mencari jalan termasuk bekerjasam­a dengan pihak sekolah merangka fomula terbaik sama ada dalam bentuk pengajaran atau penganjura­n aktiviti.

“Hampir 16 tahun saya menjadi Ahli Parlimen di sini, saya lihat bilangan murid mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam seperti Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) masih rendah.

“Sehubungan itu, saya minta PPD Julau berusaha mencari jalan agar bilangan murid cemerlang di daerah ini dapat dipertingk­atkan,” katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Murid Cemerlang UPSR dan Bantuan Program ‘Back To School’ untuk murid beragama Islam di Julau.

Mengambil contoh sebuah sekolah rendah di Sarikei, Salang berkata bilangan dan kualiti guru yang mengajar di Julau tidak banyak perbezaan.

“Justeru, adalah penting semua pihak mengkaji dan meneliti perkara ini agar PPD Julau terus mengecapi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Julau Andrew Kana Rima berkata Gred Purata Sekolah (GPS) direkodkan pada UPSR 2015 meningkat 0.9 peratus iaitu 2.69 peratus berbanding 2.78 peratus pada 2014.

Katanya seramai 10 murid di sini memperoleh­i 5A berbanding tujuh murid mendapat 5A pada 2014.

Lebih membanggak­an seorang daripada murid daerah itu memperoleh­i 7A pada peperiksaa­n tersebut.

“Bagi tahun ini, kami menyasarka­n lebih ramai murid mendapat 5A dalam UPSR,” katanya.

 ??  ?? INSENTIF: Salang menyampaik­an insentif kecemerlan­gan kepada salah seorang murid pada majlis itu kelmarin.
INSENTIF: Salang menyampaik­an insentif kecemerlan­gan kepada salah seorang murid pada majlis itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia