Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera ditembak dan ditetak

Dua ‘Datuk’ didatangi dua suspek lelaki ketika sedang bersarapan pagi

-

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera dalam kejadian tembak dan tetak di sebuah gerai makan di Jalan Empat, Chan Sow Lin, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi semalam, dua ahli perniagaan bergelar Datuk sedang bersarapan pagi di gerai itu apabila didatangi dua suspek lelaki yang secara tiba-tiba menyerang salah seorang daripada ahli perniagaan itu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata dua suspek terbabit mengeluark­an dua bilah parang dan salah seorang suspek menetak mangsa di bahagian belakang dan muka, manakala rakan mangsa sempat melarikan diri.

“Pengawal peribadi yang nampak kejadian itu terus mengeluark­an pistol jenis Glock 99 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kedua-dua suspek.

“Tembakan pengawal itu mengenai salah seorang suspek, seorang lagi rakannya melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Hilux warna emas, yang di dalamnya terdapat seorang lagi suspek lelaki,” katanya kepada pemberita. di tempat kejadian.

Chong berkata suspek yang terkena tembakan rebah di tepi jalan berhampira­n dengan gerai makan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatka­n rawatan serta diletakkan di bawah kawalan polis.

“Dalam kejadian ini juga seorang pekerja lelaki gerai makan berkenaan turut terkena tembakan di bahagian kaki dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala mangsa (ahli perniagaan) dihantar di sebuah hospital di Bangsar untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Beliau berkata pengawal peribadi kepada mangsa tidak cedera dan mempunyai surat kebenaran menggunaka­n senjata.

Katanya, polis juga turut menemui tujuh kelongsong

Tembakan pengawal itu mengenai salah seorang suspek, seorang lagi rakannya melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Hilux warna emas, yang di dalamnya terdapat seorang lagi

” suspek lelaki. ACP Chong Kok Sin Ketua Polis Daerah Cheras

peluru SME 9MM 1.14 dan satu anak peluru dan merampas dua bilah parang berukuran 10 inci serta sehelai T-Shirt.

Chong berkata mangsa dan pengawal peribadiny­a langsung tidak mengenali suspek yang menyerangn­ya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Senjata Api manakala motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mohd Mokhtar (tiga kanan) menunjukka­n dadah dan bahan yang digunakan untuk memproses dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah makmal memproses dadah di sekitar Taman Seri Pelangi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mohd Mokhtar (tiga kanan) menunjukka­n dadah dan bahan yang digunakan untuk memproses dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah makmal memproses dadah di sekitar Taman Seri Pelangi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia