Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita, anak tiri mati ditikam bekas suami

-

KINABATANG­AN: Seorang wanita dan anak tiri mati ditikam oleh bekas suaminya di perumahan Ladang Sawit Permodalan 1, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Supt A. Rahmat Sahak berkata kejadian berlaku kirakira jam 5.20 pagi dan dipercayai berpunca selepas lelaki itu gagal memujuk bekas isterinya itu untuk rujuk semula.

Katanya berikutan kejadian itu, polis kini memburu lelaki itu dikenali sebagai Bakri Rakku, 40, yang menghilang­kan diri selepas kejadian itu.

Menurutnya mangsa, Az- ura Shima, 39, mati ketika menerima rawatan di klinik ladang itu, manakala anak tirinya Basri Jamaluddin, 24, mati di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa ditikam oleh lelaki itu ketika mereka sedang tidur di rumah pekerja itu, katanya.

A. Rahmat berkata saksi kejadian itu adalah anak lelaki mereka yang berusia 14 tahun yang telah terjaga dan melihat bapanya menikam ibunya dengan senjata tajam dengan satu tikaman.

Katanya bapanya itu kemu- dian pergi ke sebuah bilik lagi lalu menikam Basri sebelum melarikan diri.

Menurut laporan daripada anak mangsa, bapanya itu telah berjumpa dengan ibunya kelmarin di rumah pekerja itu untuk rujuk semula tetapi ibunya tidak mahu kerana mereka sering bergaduh dan dia dipukul.

Polis meminta sesiapa yang menyaksika­n kejadian tersebut atau mengetahui lokasi lelaki itu agar menghubung­i ASP Yumpil Garai di IPD Kinabatang­an, di talian 089561890. — Bernama

 ??  ?? BAKRI
BAKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia