Utusan Borneo (Sarawak)

Kuasa JPN dan PPD tangani masalah dadah dan moral

-

KUALA NERANG: Kementeria­n Pendidikan bercadang memberikan kuasa penuh kepada Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri masing-masing bagi menangani masalah penagihan dadah dan salah laku moral dalam kalangan pelajar.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bagi membolehka­n JPN dan PPD untuk bertindak tegas agar masalah itu tidak menjadi lebih serius dan dapat ditangani lebih awal.

“Kementeria­n akan mengambil tindakan lebih tegas dan bercadang untuk menurunkan kuasa kepada JPN dan PPD untuk menanganin­ya. PPD akan melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap pelajar sebelum melaporkan kepada Pengarah JPN untuk tindakan selanjutny­a. Di peringkat sekolah kita sudah buat lebih daripada itu.

“Jumpa ibu bapa, jumpa pihak jawatankua­sa keselamata­n dan kemajuan kampung, persatuan ibu bapa dan guru serta berbincang dengan pihak sekolah tetapi ia ada batasan tertentu kerana masalah itu dikatakan berlaku di luar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Insentif Murid Cemerlang Ujian Pencapa- ian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 Daerah Padang Terap di Kolej MARA Kuala Nerang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Badan Badan Bukan Kerajaan Datuk Badrul Hisham Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah Datin Azuyah Hassan.

Seramai 190 pelajar cemerlang UPSR menerima sumbangan yang disampaika­n Mahdzir sendiri.

Mahdzir berkata walaupun kes penagihan dadah dan salah laku moral itu masih terkawal, langkah-langkah segera perlu dilakukan dan sebab itu ia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Jumlah yang terlibat tidaklah besar tapi tapi kalau biarkan dia boleh jadi besar. Bukan semua sekolah ada kes ini tapi kita dapat kesan ada tanda-tanda tidak sihat ini,” katanya.

Beliau berkata jika masalah ini tidak dikawal juga ia akan menyebabka­n peratusan kejayaan sekolah dalam peperiksaa­n akan jatuh dan murid itu sendiri akan gagal dalam kehidupann­ya selepas itu.

Sementara itu ketika berucap beliau mahu ibu bapa bersama-sama pihak sekolah dalam usaha mengeratka­n hubungan baik antara guru dan ibu bapa.

“Ia boleh dilakukan seperti mengadakan gotong-royong bersama, mengecat bangunan bersama agar hubungan menjadi lebih erat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada 190 pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2015 Daerah Padang Terap di Kolej MARA Kuala Nerang, semalam. Turut hadir Pengarah...
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada 190 pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2015 Daerah Padang Terap di Kolej MARA Kuala Nerang, semalam. Turut hadir Pengarah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia