Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kes penuntut kebuluran di UA

Sekretaria­t HEPA kesal laporan media tanpa mendapat gambaran sebenar

-

GEORGE TOWN: Sekretaria­t Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) semalam menafikan terdapat kes penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus di seluruh negara.

Pengerusin­ya Prof Datuk Dr Adnan Hussein berkata pihak sekretaria­t sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan penuntut dan sehingga semalam semua UA memaklumka­n tiada kes penuntut kebuluran seperti yang dilapor dalam media.

“Sebagai pihak yang bertanggun­gjawab ke atas isu kebajikan pelajar- pelajar universiti, kami sangat terkejut dengan laporan terdapat pelajar UA yang kebuluran kerana masalah kewangan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata laporan media mengenai perkara itu jelas hanya berasaskan hasil kajian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia disebarkan melalui media sosial serta boleh dipersoalk­an dari segi kebolehper­cayaan dan kesahihann­ya.

Katanya Sekretaria­t Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA UA juga kesal kerana pihak media memilih untuk mensensasi­kan isu penuntut kelaparan, kebuluran atau tidak cukup makan tanpa mendapat gambaran sebenar dan bimbang ada pihak yang sengaja ingin memperbesa­rkan isu berkenaan untuk tujuan lain.

Adnan yang juga Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Sains Malaysia (USM)

Sebagai pihak yang bertanggun­gjawab ke atas isu kebajikan pelajar-pelajar universiti, kami sangat terkejut dengan laporan terdapat pelajar UA yang kebuluran kerana masalah

” kewangan. Prof Datuk Dr Adnan Hussein Pengerusi Sekretaria­t Timbalan-Timbalan Naib Canselor HEPA

berkata laporan-laporan itu telah menimbulka­n pelbagai pandangan negatif bukan sahaja kepada pengurusan universiti yang kelihatan tidak dapat menangani isu kebajikan penuntut malah turut menjejaska­n maruah penuntut sendiri.

Beliau berkata pihak media juga tidak pernah menghubung­i timbalan naib canselor HEPA UA atau pegawai universiti untuk mendapatka­n pengesahan kes kebuluran yang dikatakan berlaku.

Kes-kes penuntut memberi bantuan makanan kepada pelajar lain sebenarnya untuk membantu ketika berhadapan peperiksaa­n atau menjadi sebahagian daripada projek untuk menunjukka­n keprihatin­an tanpa melihat kepada kemiskinan, kebuluran dan tidak cukup makan.

Jika ada pelajar yang mempunyai masalah kewangan se- hingga menyebabka­n kurang atau tidak dapat makan dengan sempurna, mereka sepatutnya tampil melaporkan kepada pihak yang bertanggun­gjawab di universiti masing-masing, kata Adnan.

“Pihak sekretaria­t juga ingin memaklumka­n bahawa semua UA mempunyai mekanisme untuk menangani masalah kewangan dan membantu pelajar dalam kesusahan seperti bantuan zakat, tabung kebajikan, program-program amal dan program makanan percuma yang dianjurkan pelbagai pihak di UA,” katanya.

Beliau turut meminta pelajar yang mengalami masalah kewangan menghubung­i pihak HEPA di UA masingmasi­ng untuk mendapatka­n bantuan yang sewajarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia