Utusan Borneo (Sarawak)

El Nino: Kes denggi dijangka meningkat 50%

-

PUTRAJAYA: Fenomena El Nino yang melanda negara ini boleh menyebabka­n peningkata­n kes denggi sehingga 50 peratus berikutan cuaca panas, kering dan suhu tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata fenomena itu, yang dijangka berterusan sehingga Mac ini di seluruh negara, akan menyebabka­n kitaran hidup nyamuk aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari, sekali gus menyebabka­n populasi nyamuk meningkat.

“Selain itu, suhu panas akan menyebabka­n nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi selain penyebaran virus lebih meluas.

“Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan kepada tabiat vektor dan masyarakat, dan pada tahun ini, ia dijangka berupaya menyebabka­n peningkat kes denggi sehingga 50 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya fenomena El Nino menyebabka­n hujan berkuranga­n dan isu bekalan air berlaku, yang memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai supaya memastikan tiada pembiakan aedes di kawasan mereka.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kes denggi meragut empat nyawa di Selangor, Negeri Sembi- lan, Terengganu, Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam minggu pertama tahun ini.

Dalam tempoh sama, sebanyak 3,337 kes deman denggi dilaporkan yang meningkat 33 peratus (826 kes) berbanding minggu sebelum (minggu akhir tahun 2015).

Peningkata­n kes denggi berlaku di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Perlis, Sabah dan Perak, katanya.

Selain itu, beliau berkata jumlah lokaliti wabak juga meningkat pada minggu pertama tahun ini iaitu 1,044 lokaliti berbanding 907 lokaliti pada minggu sebelumnya (minggu akhir tahun lepas) manakala lokaliti hotspot turut meningkat daripada 145 lokaliti kepada 161 lokaliti melibatkan tujuh negeri iaitu di Selangor (122), Johor (22), Perak (lapan), Pulau Pinang (empat), Sabah dan Negeri Sembilan ( masing- masing dua), Kuala Lumpur dan Putrajaya (satu).

Beliau berkata walaupun trend kes sejak dua tahun kebelakang­an ini meningkat pada awal tahun, namun kes yang dilaporkan pada minggu pertama tahun ini iaitu 3,337 kes adalah lebih tinggi berbanding 2,633 kes tahun lepas.

“Pada keseluruha­n tahun lepas, sebanyak 120,836 kes dilaporkan, peningkata­n sebanyak 11.2 peratus atau 12,138 kes berbanding 108,698 kes yang dilaporkan pada tahun 2014,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata analisis Kementeria­n Kesihatan mendapati faktor peningkata­n kes demam denggi berpunca daripada persekitar­an tidak bersih, tabiat masyarakat membuang sampah merata- rata dan ketidakcek­apan pengurusan sampah.

“Di samping itu, faktor pergerakan manusia yang lebih meluas, kepadatan penduduk yang tinggi dan proses urbanisasi yang pesat membangun turut menyumbang kepada peningkata­n kes denggi ini.

“Berdasarka­n pengaruh faktor-faktor ini maka pencegahan denggi memerlukan penglibata­n masyarakat, agensiagen­si lain dan semua pihak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia