Utusan Borneo (Sarawak)

JAKIM kemuka cadangan penubuhan Majlis Halal Malaysia kepada kabinet

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengemukak­an usul kepada kabinet mengenai cadangan penubuhan Majlis Halal Malaysia bagi menyatukan hal- hal berkaitan industri halal negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata industri halal mempunyai skop yang luas dan sewajarnya kementeria­n yang mempunyai kaitan dengan hal tersebut disatukan di bawah satu majlis.

Selain JAKIM, antara kementeria­n yang terlibat ialah Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Kementeria­n Pertanian serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, katanya.

“Kita mahu adanya Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang mana kesemua kementeria­n duduk bersama berbincang untuk membuat keputusan berkaitan isu halal dan seterusnya semua pihak dapat melaksana tindakan tersebut,” katanya.

Jamil Khir berkata majlis tersebut akan membantu menyeragam­kan pertikaian bidang kuasa dan undangunda­ng antara kementeria­n dalam mengendali­kan proses pengeluara­n sijil halal.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarka­n pendaftara­n program Transforma­si dan Globalisas­i Usahawan Bumiputera Dalam Industri Halal anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia ( Perdasama) di sini semalam.

Jamil Khir memuji usaha Perdasama membantu pengusaha Bumiputera mendapatka­n sijil Halal menerusi Program Transforma­si dan Globalisas­i Usahawan Bumiputera Dalam Industri Halal.

“Program tersebut akan bermula Februari nanti dan akan membimbing pengusaha Bumiputera mendapatka­n sijil halal menerusi kursus yang disediakan selama enam bulan,” katanya.

Buat permulaan, program tersebut akan dijalankan di tujuh buah lokasi termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, katanya.

Buat masa ini, katanya, 72 peratus pemilikan sijil Halal dimonopoli kalangan pengusaha bukan Islam dan syarikat antarabang­sa.

“Bagi pengusaha bukan Islam, mereka tidak lagi melihat sijil Halal hanya untuk memberi nilai tambah kepada perniagaan mereka tetapi membantu memperluas capaian pengguna berbilang agama,” katanya.

“Oleh itu sewajarnya pengusaha Islam khususnya Bumiputera berusaha untuk memiliki sijil Halal kerana ia membantu menyakin pengguna termasuk bukan Islam seperti dari segi amalan penyediaan dan penyimpana­n yang baik dari sudut kesihatan.

Jamil Khir dalam pada itu berkata Makmal Analisis Institut Halal Malaysia di Bandar Enstek, Nilai dijangka mula beroperasi pada April ini.

“Makmal ini akan membantu empat buah makmal panel lain dalam mengangkat imej negara sebagai peneraju utama industri halal global,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia