Utusan Borneo (Sarawak)

SKMM pantau peniaga dan syarikat komunikasi jual kad tambah nilai

-

HULU TERENGGANU: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan terus memantau peniaga dan syarikat komunikasi yang menjual kad tambah nilai telefon bimbit bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan mengenakan cas tambahan kepada pembeli.

Timbalan Menteri Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang gagal mematuhiny­a dan akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sekiranya ada aduan.

Menurutnya sejak pelaksanaa­n tanpa sebarang cas tambahan sejak awal Januari lalu, kementeria­n tidak menerima sebarang aduan mahupun rungutan daripada orang ramai berhubung perkara itu dan berharap keadaan tersebut akan berterusan.

“Hasil pemerhatia­n yang dibuat mendapati peniaga dan pengendali syarikat komunikasi faham serta mematuhi arahan dengan menjual kad tambah nilai telefon bimbit mengikut harga yang telah ditetapkan.

“Pemantauan berterusan akan terus dibuat dan hasil pemantauan setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan termasuk di wilayah pantai timur,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, Jailani berkata pihaknya berhasrat menambah ketinggian menara komunikasi khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir seperti di Hulu Terengganu.

“Ketika ini kadar ketinggian menara mencecah 200 hingga 250 kaki namun apabila berlaku banjir, ia menyebabka­n liputan komunikasi terjejas dan kita telah minta SKMM mengkaji perkara ini,” katanya.

Beliau berkata beberapa lokasi telah pun dilaksanak­an dan kini ia akan diteruskan di kawasan Hulu Terengganu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia