Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota Majlis PBT diingat berkhidmat untuk masyarakat, bukan cari populariti

-

MELAKA: Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, diingatkan supaya mengutamak­an keberkesan­an perkhidmat­an kepada masyarakat dan bukan sibuk mencari populariti untuk kepentinga­n diri sendiri.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan anggota majlis PBT bukanlah jawatan untuk seseorang menjadi popular dengan cepat, sebaliknya mereka memainkan peranan penting mendengar suara dan memberi pembelaan sewajarnya kepada masyarakat dalam kawasan PBT terbabit.

“Seorang anggota majlis ( PBT) tidak boleh hanya hidup dengan populariti, mereka perlu mempunyai kaedah kerja berkesan. Pembelaan terhadap masyarakat biarlah pembelaan itu memberi kebaikan kepada semua pihak dan bukan untuk kepentinga­n diri sendiri.

“Anggota Majlis PBT tidak boleh pandang ringan mengenai tugas dipikul, peranan mereka juga adalah untuk memikirkan undang-undang kecil di peringkat kerajaan tempatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Terima Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Anggota Majlis PBT di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Seramai 105 anggota majlis PBT mengangkat sumpah membabitka­n Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 27 orang, Majlis Perbandara­n Alor Gajah 26, Majlis Per- bandaran Jasin 27 dan Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya 25 orang.

Empat anggota majlis PBT yang mengangkat sumpah semalam, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), yang masing-masing mewakili setiap empat PBT di Melaka.

Dalam pada itu, Idris berkata setiap anggota majlis yang mewakili parti poli- tik dikehendak­i mendaftar sekurang- kurangnya 100 pemilih baharu sepanjang perkhidmat­an mereka tahun ini.

“Langkah ini akan menjadi satu indeks prestasi kepada mereka (anggota majlis) bagi tujuan penyambung­an khidmat sebagai anggota majlis pada masa akan datang,” katanya. — Bernama KUANTAN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombong­an bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata perintah reman selama enam hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarka­n Majistret Noor Aisah Mohamed di sini.

Suspek merupakan antara enam pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di sini kelmarin, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarka­n PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah kesemua mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada sembilan orang terdiri daripada enam pegawai PTG dan tiga orang awam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Idris (depan kanan) mengucapka­n tahniah kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Hussin selepas majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis serta Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan 2016 di Melaka...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Idris (depan kanan) mengucapka­n tahniah kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Hussin selepas majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis serta Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan 2016 di Melaka...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia