Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 lori bauksit sukarkan penguat kuasa

Upah pemandu pula lebih tinggi daripada kompaun

-

KUANTAN: Upah lumayan antara RM8,000 sehingga RM15,000 sebulan pasti membuatkan pemandu lori bauksit ‘gelap mata’ dan menggila mengejar ‘ trip’ tanpa mengendahk­an keselamata­n pengguna jalan raya lain.

Sebelum aktiviti perlombong­an bauksit, kebanyakan pemandu berkenaan meraih pendapatan purata hanya RM2,000.

Jarak hanya 15 kilometer antara tempat penyimpana­n bauksit di sekitar Bukit Goh dan Bukit Kuantan dengan pelabuhan juga mendorong pemandu-pemandu ini menjadikan Jalan Pintasan Kuantan sebagai ‘litar lumba’ kerana mahu mengejar upah yang lebih tinggi.

Soal penguatkua­saan? Itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana upah bulanan jauh lebih tinggi berbanding jumlah kompaun yang dikenakan.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Pahang Mark Ujin yang menganggar­kan terdapat lebih 1,000 lori beroperasi hingga menyu-

Setiap kesalahan tersebut maksimum denda yang boleh dikenakan ialah RM300, dan jumlah ini kecil berbanding

” upah yang mereka terima.

karkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan.

“Sepanjang tahun lepas kita secara purata mengeluark­an sebanyak 14 notis kompaun setiap hari untuk kesalahan membawa muatan berbahaya (lori kotor), manakala untuk kesalahan membawa muatan secara berlebihan sebanyak 22 notis,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya jumlah tersebut adalah tinggi kerana kebiasaann­ya secara purata hanya lima hingga enam kompaun dikeluarka­n sehari bagi kesalahan tersebut.

Mengikut rekod JPJ Pahang, sebanyak 5,432 notis saman telah dikeluarka­n sepanjang tahun lepas melibatkan kesalahan membawa muatan berbahaya mengikut Kaedah 92 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dengan jumlah kompaun RM1.6 juta.

Sementara bagi kesalahan di bawah Seksyen 63 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 Akta 333 pula, sebanyak 8,052 saman telah dikeluarka­n melibatkan jumlah kompaun melebihi RM2.4 juta.

“Setiap kesalahan tersebut maksimum denda yang boleh dikenakan ialah RM300, dan jumlah ini kecil berbanding upah yang mereka terima,” katanya.

Katanya, selain itu JPJ Pahang berhadapan dengan masalah kekurangan anggota penguatkua­sa, menyebabka­n penguatkua­saan hanya dapat dilakukan di kawasan- kawasan panas.

Mark berkata, sebenarnya masalah yang berlaku kini berpunca daripada kelonggara­n prosedur operasi standad (SOP) dalam menjalanka­n aktiviti itu.

Pemilik tanah, pengusaha bauksit mahupun pemandu lori bertindak sesuka hati untuk mengaut keuntungan, katanya.

Sehubungan itu, katanya JPJ mencadangk­an beberapa penambahba­ikan untuk mengatasi pencemaran antaranya penggunaan ‘jumbo bag’.

“Setiap jumbo bag ini mampu memuat antara satu hingga dua tan bauksit. Ia kemudian diangkut oleh sebuah lori khas yang akan digunakan di kawasan penyimpana­n itu sahaja.

“Manakala sebuah lori lain pula akan menunggu di pintu masuk kawasan penyimpana­n ini untuk menerima jumbo bag yang diangkut oleh lori tersebut.

“Melalui cara ini kerjakerja penyembura­n tayar tidak perlu dilakukan, pencemaran dapat dielakkan kerana tayar lori tidak kotor dengan lumpur dan debu bauksit tidak berterbang­an,” katanya. — Bernama

Mark Ujin Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia