Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ganggu siasatan SPRM: Adnan

-

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar tidak mengganggu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berkaitan isu perlombong­an bauksit di negeri ini.

Beliau berkata kebijaksan­aan SPRM dalam siasatan itu tidak wajar dipertikai­kan dan kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan, kerana mahu penyiasata­n yang telus.

Adnan menambah peluang juga perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk menyelesai­kan masalah berkaitan bauksit kerana perkara ini turut melibatkan agensi penguatkua­saan di bawah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

“Agensi di bawah kerajaan negeri adalah Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Masalah ini berlaku disebabkan kelemahan penguatkua­saan.

“Sebab itu kita setuju tindakan Kerajaan Pesekutuan hendak bantu kerana pelabuhan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), polis dan kastam di bawah kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kerajaan negeri juga bersetuju dengan keputusan kerajaan persekutua­n mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini bagi mengurangk­an pencemaran selain mencari penyelesai­an lebih baik yang bersifat jangka panjang.

Adnan juga meminta pihak media agar tidak menyebar laporan tidak tepat berkaitan isu bauksit.

Katanya, beliau akan mengeluark­an kenyataan lengkap merangkumi peranan menteri besar dan jabatan terlibat dalam isu berkenaan tidak lama lagi.

“Saya bukan mahu main blaming game ( mempersala­hkan sesiapa), tapi saya nampak apabila saya diam, semakin banyak laporan tidak adil.

“Buat masa ini saya memerhatik­an laporan media, termasuk media sosial sebelum mengeluark­an jawapan kepada perkara yang dibangkitk­an,” katanya. — Bernama

Lesen penjualan vape tidak akan dikeluarka­n di Perlis

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata lesen penjualan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape tidak akan dikeluarka­n kepada mana-mana peniaga di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri menerima nasihat secara bertulis daripada Kementeria­n Kesihatan agar tidak membenarka­n penjualan vape di negeri itu.

“Kami telah panjangkan nasihat itu kepada Majlis Perbandara­n Kangar dan kemungkina­n kami akan mengharamk­an penggunaan­nya juga.

“Bagaimanap­un, kami masih menunggu maklumat daripada kerajaan pusat mengenai bahaya penggunaan vape,” katanya kepada pemberita di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia