Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FA: Oxford United kejutkan The Swans

Chelsea mudah singkirkan Scunthorpe 2-0, tendangan penalti Kane bantu Tottenham ikat Leicester 2-2

-

OXFORD, England: Kemar Roofe menjaringk­an dua gol ketika kelab dari divisyen empat, Oxford United mencipta kejutan terbesar yang pertama dalam pertanding­an Piala FA musim ini apabila menyingkir­kan kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City 3- 2 Ahad lepas.

Chelseamen­gelaknasib­yang sama dengan menewaskan kelab divisyen tiga,

“”

Keadaan sangat gila. Semua orang melompat kegembiraa­n. Suasananya cukup hebat dan ia adalah sama dalam bilik persalinan. Kemar Roofe Pemain tengah Oxford United

Scunthorpe United 2-0 sementara Tottenham Hotspur memerlukan tendangan penalti minit ke-89 oleh Harry Kane untuk mengikat Leicester City 2-2 di tempat sendiri.

Swansea membuka jaringan di Oxford menerusi gol cantik Jefferson Montero tetapi Liam Sercombe mengikat kedudukan dan Roofe menjaringk­an dua gol dalam tempoh 10 minit untuk membolehka­n kelab dari

L i g a Dua itu ke pusingan keempat walaupun Bafetimbi Gomis merapatkan kedudukan pada minit ke-66.

“Keadaan sangat gila. Semua orang melompat kegembiraa­n. Suasananya cukup hebat dan ia adalah sama dalam bilik persalinan,” kata Roofe, yang muncul dari akademi remaja di West Bromwich Albion, ketika memberitah­u penyiaran BBC Sport.

“Kami mungkin sudah biasa dengan pengua- saan dalam liga dan sememangny­a kami berdepan dengan pasukan yang dikenali dengan hantaran tepat tetapi kami menyamai permainan mereka dan memberikan kejutan.

“Kami akan menikmati kejayaan ini, mungkin esok diberikan rehat dan kemudian kami akan kembali berlatih.”

Pengurus Swansea, Alan Curtis, yang hanya diberikan tugas membimbing pasukan sehingga ke akhir musim ekoran pemecatan Gary Monk, mengambil risiko melakukan 10 pertukaran dari skuad kesebelasa­n utama untuk perlawanan di Stadium K a s - sam.

B e l i a u menyaksika­n pasukannya mendahului kedudukan dengan satu gol cantik tetapi Oxford mengikat kedudukan pada minit ke-45 apabila Sercombe merembat bola dari satu tendangan penalti selepas Kyle Bartley mengasari Alex MacDononal­d. R o o f e , y a n g mencecah usia 23 tahun pada hari Rabu, me-

letakkan Oxford di hada- pan empat minit selepas rehat sebelum 10 minit kemudian menjaringk­an gol kedua peribadi selepas satu serangan pantas. Gomis merapatkan kedudukan selepas umpanan cantik Jack Cork tetapi Oxford, juara Piala Liga pada 1986, bertahan dengan baik sehingga ke wisel penamat untuk salah satu k e p u t u s a n paling hebat dalam sejarah kelab.

“K a m i melakukan pertukaran dan semem a n g n y a tiada keserasian di antara pemain dan ia mengecewak­an saya,” kata Curtis, di mana pasukannya kini berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris.

“Liga Perdana sentiasa menjadi keutamaan tetapi kami mahukan satu tempoh yang baik dalam pertanding­an piala untuk mengembali­kan rentak tetapi i a benar- benar mengecewak­an.”

Tottenham juga dilihat seperti akan tersingkir awal selepas Marcin Wasilewski dan pemain gantian, Shinji Okazaki meletakkan Leicester 2-1 pada perlawanan di hadapan, selepas Christian Eriksen membuka jaringan buat Spurs pada perlawanan di White Hart Lane.

Tetapi ketika berbaki dua minit permainan, pemain sayap Leicester, Nathan Dyer dikatakan terpegang bola dalam kotak penalti, membolehka­n Kane, yang dimasukkan pada minit ke-68, menjaringk­an gol penyamaan untuk membawa ke perlawanan ulangan di Leicester City, lawan mereka sekali lagi dalam aksi liga Rabu depan.

“Hari ini adalah satu contoh yang baik untuk tidak mengalah dan terus berusaha,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Kami berasa kecewa tetapi ia adalah bola sepak dan kami mempunyai peluang untuk pergi ke Leicester dan masih bersaing ke pusingan seterusnya.”

Chelsea memulakan pertanding­an Piala FA dengan kemenangan ketika pengurus sementaran­ya, Guus Hiddink menuntut pemain mengulangi kejayaan pada 2009 apabila beliau membimbing kelab memenangi Piala FA.

Diego Costa membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-13 sebelum pemain gantian, Ruben Loftus-Cheek memastikan kemenangan 2-0 ke atas Scunthorpe.

Tiada sebarang kejutan besar berlaku pada perlawanan hari Sabtu tetapi Manchester United memerlukan satu tendangan penalti lewat untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Sheffield United 1-0 sementara Arsenal memulakan kempen memburu kejuaraan Piala FA yang ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sunderland 3-1 sementara Manchester City menewaskan Wycome United 4-1 tetapi Liverpool akan bermain perlawanan ulangan selepas diikat 2-2 oleh kelab dari divisyen empat Exeter City. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CIPTA KEJUTAN: Para pemain Oxford United meraikan gol kedua mereka hasil jaringan Roofe (tiga kanan) pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea di Stadium Kassam,
Oxford pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters CIPTA KEJUTAN: Para pemain Oxford United meraikan gol kedua mereka hasil jaringan Roofe (tiga kanan) pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea di Stadium Kassam, Oxford pada Ahad lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia