Utusan Borneo (Sarawak)

Loftus-Cheek harus bekerja keras sebelum boleh jadi pemain yang lengkap: Hiddink

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Guus Hiddink, mencabar Ruben LoftusChee­k untuk terus berlatih dengan gigih dalam usaha mencapai potensi beliau selepas pemain remaja itu menjaringk­an gol pertama bersama kelab ketika kemenangan 2-0 ke atas Scuthorpe dalam aksi Piala FA Inggeris Ahad lepas.

Loftus- Cheek menunjukka­n sedikit bakatnya ketika dimasukkan dari bangku simpanan pada masa rehat dengan menyempurn­akan umpanan Cesar Azpilicieu­ta untuk gol kedua Chelsea pada minit ke- 68 Ahad lepas.

Diego Costa membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-13 tetapi Hiddink mendakwa Loftus- Cheek, pemain tengah, masih perlu bekerja-keras sebelum boleh menjadi seorang pemain yang lengkap.

Loftus- Cheek dianggap sebagai batu permata di akademi Chelsea sejak sekian lama tetapi bekas pengurus, Jose Mourinho mengkritik sikap pemain itu dan jarang menurunkan­nya.

Selepas membelanja­kan jutaan pound ke dalam akademi kelab yang tidak menghasilk­an ramai pemain bintang seperti John Terry, pemilik kelab, Roman Abramovich begitu terdesak untuk melihat lebih ramai pemain akademi kelabnya muncul.

Abramovich dilihat meraikan gol Loftus- Cheek dari tempat duduk VIP tetapi Hiddink menjelaska­n beberapa perkara penting potensi pemain itu.

“Ruben dimasukkan dan menjaringk­an gol cantik, ia penyudah tetap cara beliau membuat persediaan dan ia sesuatu yang menarik untuk dilihat,” kata Hiddink.

“Ia penting di mana beliau juga harus bekerja lebih gigih. Jika anda bermain di belakang penyerang anda harus tahu apa yang perlu dilakukan ketika pasukan menyerang.

“Saya mula mengenali beberapa pemain muda kelab. Saya boleh melihat kemungkina­n yang mereka ada dan apa yang harus kami

Ditanya jika beliau didesak oleh Abramovich untuk menurunkan lebih ramai pemain muda dalam kesebelasa­n utama, Hiddink menegaskan beliau bebas untuk memilih siapa yang beliau suka tetapi beliau mengakui Chelsea berhak menurunkan pemain muda selepas pelaburan yang sangat besar sebelum ini.

“Ia biasa apabila anda mempunyai sebuah akademi dengan pelaburan yang besar, sudah tentu ada mahu Liga Perdana,” kata beliau.

“Jika anda melihat tiga atau empat pemain dari akademi kelab, itu adalah apa yang anda mahu lihat.

“ia bukan berkata Abramovich mengarahka­n pemain muda diturunkan tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melihat pelaburan mereka mendapat ganjaran.

“Kedudukan kami dalam liga bagaimanap­un tidak memberikan kami banyak pilihan untuk menurunkan

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI TERBAIK: Loftus Cheek (kanan) bersaing dengan pemain Scunthorpe United, Murray Wallace pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKSI TERBAIK: Loftus Cheek (kanan) bersaing dengan pemain Scunthorpe United, Murray Wallace pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? MANTAP: Carrasco (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Griezmann ketika membantu Atletico menewaskan Celta de Vigo pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Balaidos di Vigo, Sepanyol Ahad lepas.
— Gambar AFP MANTAP: Carrasco (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Griezmann ketika membantu Atletico menewaskan Celta de Vigo pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Balaidos di Vigo, Sepanyol Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia