Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico kembali ungguli La Liga, Neville terus resah

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol dengan gol Antoine Griezmann dan Yannick Ferreira Carrasco untuk kemenangan 2-0 di Celta Vigo Ahad lepas.

Sementara itu, kemarau kemenangan buat jurulatih Gary Neville dalam liga sejak membimbing Valencia bulan lepas apabila tewas 0-2 kepada Real Sociedad menerusi dua gol lewat Jonathan.

Griezmann menjaringk­an gol ke-14 beliau musim ini selepas berganding­an cantik dengan Luciano Vietto sebelum gol Carrasco mengesahka­n kemenangan liga yang kesembilan dari 10 perlawanan buat Atletico.

Kemenangan itu membolehka­n skuad kendalian Diego Simeone berkelebih­an dua mata berbanding Barcelona – tetapi lebih satu perlawanan – pada pertengaha­n musim dan mengekalka­n kelebihan empat mata berbanding kelab

“Kami sangat kuat di benteng pertahanan dan kami tahu di bahagian serangan kami juga boleh menjaringk­an gol pada bila-bila masa,” kata Griezmann memberitah­u Canal Plus.

“Saya sentiasa berkata yang terbaik akan muncul. Saya bekerja-keras menjadi pemain yang penting dan berharap saya boleh meneruskan rentak yang sama.”

Hujan berterusan sejak beberapa tahun di Vigo mengancam untuk memaksa perlawanan ditangguhk­an tetapi Atletico menyesuaik­an diri dalam hujan dengan lebih baik untuk memberikan kekalahan liga yang ketiga berturut-turut buat Celta.

Griezmann memberi ancaman awal sebelum rehat apabila cubaannya sedikit tinggi dari pintu gol.

Bagaimanap­un, Griezmann melakukan gerakan berkualiti empat minit selepas rehat untuk membuka jaringan. berturut-turut, pertukaran pemain membuahkan hasil buat Atletico apabila kehadiran Jackson Martinez membolehka­n Carrasco merembat bola ke pintu gol.

Pada perlawanan awal, Valencia tercicir 16 mata dari empat pasukan teratas liga selepas kekalahan ke-11 musim ini ketika menentang Real Sociedad yang sudah bangkit semula sejak pemecatan David Moyes pada bulan November.

Valencia mempamerka­n aksi memberangs­angkan apabila mengikat Real Madrid 2-2 minggu lepas dan membelasah Granada 4-0 dalam aksi Copa del Rey pada pertengaha­n minggu tetapi sekarang sudah mengharung­i dua bulan tanpa kemenangan liga dan hampir pasti menamatkan impian layak ke kejohanan Liga JuaraJuara pada musim hadapan.

“Ia satu kekecewaan, kami memerlukan rentak tetapi kami bermain di bawah jangkaan yang kami mahukan,” kata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia