Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger mahu The Gunners ‘bedil’ Liverpool di Anfield Rabu ini

-

LONDON, England: Dua pasukan berdepan dengan musim yang berbeza akan bertemu Rabu ini, dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal bertandang ke Liverpool.

Ketika Arsenal mampu melakukan lima pertukaran untuk menewaskan Sunderland 3-1 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Sabtu lepas, keputusan pengurus Liverpool Jurgen Klopp untuk menurunkan skuad muda ketika menentang kelab divisyen empat, Exeter City Jumaat lepas, hampir membawa padah apabila seri 2-2.

Pemain utama seperti Mesut Ozil, Aaron Ramsey dan Per Mertesacke­r akan kembali ke dalam kesebelasa­n utama Arsenal untuk perlawanan di Anfield dan pemain pertahanan kanan, Hector Bellerin, percaya kekuatan dalaman pasukan memberikan kelebihan untuk beberapa bulan penting.

“Pemain kelihatan cergas dengan adanya pemain yang bagus di bangku simpanan dan penggilira npemain membantu kami mendapatka­n keputusan yang baik,” kata Bellerin, yang mengumpan bola kepada Ramey dan Olivier Giroud ketika menewaskan Sunderland.

“Kami mempunyai banyak perlawanan dan semuanya sukar tetapi kami harus bermain seperti ketika menentang Sunderland dan saya pasti kami boleh mengharung­inya.

“Pasukan ini bersedia dengan cabaran. Kami tidak mahu terburu- buru dalam permainan dan tahu kami perlu bermain dengan sabar. Ia menarik untuk menjaringk­an tiga gol dan ia adalah keyakinan untuk pasukan kerana kami mempunyai beberapa minggu yang sukar selepas ini.”

Klopp boleh berasa cemburu dengan rakan sejawatann­ya di Arsenal, Arsene Wenger berdasarka­n pemilihan pemain selepas beberapa kecederaan pemainnya.

Tujuh dari pemain utama – termasuk perancang Philippe Coutinho, penyerang Daniel Sturridge dan pemain pertahanan tengah, Dejan Lovren dan Martin Skrtel – mengalami kecederaan tetapi Klopp menolak cadangan di mana corak permainan keras beliau adalah punca kecederaan ramai pemain.

Ketika menilai situasi selepas keputusan seri di Exeter, beliau berkata: “Masalah utama yang kami hadapi ialah kecederaan pemain pertahanan ketika ini.

“Kami mempunyai lima pemain pertahanan tengah pada awal musim dan ketika ini, kesemuanya cedera. Itu adalah situasinya tetapi minggu hadapan ia mungkin berbeza.”

Leicester City, dua mata di belakang Arsenal di tangga kedua liga, kembali ke White Hart Lane untuk menentang Tottenham Hotspur, hanya tiga hari selepas seri 2-2 dalam aksi Piala FA Ahad lepas.

Leicester City hanya kurang seminit sebelum mengesahka­n kemaraan ke pusingan keempat sebelum Harry Kane mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti tetapi selepas melakukan tujuh pertukaran dari kesebelasa­n utama, pengurus Leicester, Claudio Ranieri berpuas hati dengan keputusan perlawanan.

“Saya berasa gembira dengan prestasi pemain kerana lapan pemain tidak beraksi – ada yang bermain sesekali, ada yang dalam Piala Liga – dan sekarang dalam Piala FA dan saya fikir mereka selayaknya satu keputusan positif,” kata beliau.

“Seri 2-2 adalah satu keputusan positif. Tahniah!”

Spurs memulakan perlawanan di tangga keempat liga tetapi Manchester United boleh mengikat kedudukan mata dengan Spurs jika menewaskan Newcastle United pada perlawanan hari ini.

United memerlukan gol penalti lewat untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Sheffield United dalam aksi Piala FA Sabtu lepas tetapi pemain tengahnya, Marouane Fellaini percaya tiada rasa malu diberikan saingan yang kuat oleh pasukan dari liga bawahan.

“Ia sukar menentang sebuah pasukan yang bermain secara bertahan,” kata beliau.

“Kami cuba mencipta peluang dan mengawal bola. Kami terpaksa bermain dengan sabar dan akhirnya kami menang. Sekarang kami bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

Manchester City akan cuba merapatkan kedudukan di antara mereka dengan Arsenal apabila menentang Everton.

“Ia sangat penting untuk memberi fokus pada setiap perlawanan. Kami sudah bermain dalam Piala FA dan sekarang kami kembali mengalihka­n perhatian kepada perlawanan liga,” kata pengurus City, Manuel Pellegrini.

“Kami mempunyai dua perlawanan penting di tempat sendiri dan ia sangat penting di mana kami cuba merapatkan jurang (tiga mata) di belakang Arsenal.’

Chelsea akan menanti kunjungan West Bromwich Albion untuk mencipta dua kemenangan liga berturuttu­rut yang pertama musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia