Utusan Borneo (Sarawak)

Maradona hambur pujian, mahu saksi Napoli menjuarai Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Diego Maradona memberikan pujian yang tinggi ketika Napoli meningkatk­an peluang memenangi kejuaraan Serie A Itali yang pertama sejak 1990 dengan berkelebih­an dua mata berbanding bekas juara, Juventus dan Inter Milan Ahad lepas.

Kali terakhir Napoli berada di tangga teratas liga pada pertengaha­n musim di Itali ialah 26 tahun yang lalu apabila Maradona mengetuai pasukan itu memenangi kejuaraan liga yang kedua mereka pada 1990.

Tetapi kekalahan 1-3 Fiorentina kepada Lazio Sabtu lepas membangkit­kan semangat Napoli dan ia semakin memuncak apabila Inter dikejutkan 0-1 ke- pada Sassuolo pada perlawanan awal di San Siro.

Napoli mengambil sepenuh peluang dengan membelasah pendatang baharu liga, Frosinone pada perlawanan berat sebelah yang menyaksika­n Gonzalo Higuain menjaringk­an dua gol termasuk dari satu tendangan penalti untuk menjaringk­an 18 gol dari 19 perlawanan.

Jurulatih Napoli, Maurizio Sarri bagaimanap­un menolak peluang Napoli memenangi kejuaraan dan mempunyai semua alasan selepas Juventus menewaskan Sampdoria 2-1 di Genoa untuk mencipta kemenangan kesembilan berturut-turut dan naik ke tangga kedua liga.

Paul Pogba memecah kebuntuan buat Juventus pada minit ke-17 sebelum Sami Khedira menambah jaringan pada minit ke-46. Genoa menjaringk­an gol saguhati menerusi rembatan Antonio Cassano dalam separuh masa kedua.

Inter tercicir ke tangga ketiga dengan perbezaan gol sementara Fiorentina di tangga keempat dengan tiga mata di belakang dan AS Roma kurang tujuh mata di tangga kelima selepas seri 1-1 dengan AC Milan pada perlawanan hari Sabtu.

Hanya empat bulan lepas, Maradona secara terbuka mengkritik Sarri selepas permulaan hambar.

Ketika itu, Sarri, peminat Napoli dan Maradona, menerima kritikan dan Ahad lepas, ia adalah masa untuk membalas dendam.

“Saya berasa sangat gembira mendengar keputusan Napoli, sesuatu yang saya tunggu sejak bertahun-tahun,” kata Maradona dalam satu pesanan yang dihantar ke Sky Sport Italia.

“Menyedari kota Naples dan sebagai penyokong Napoli, ia amat menggembir­akan untuk melihat pencapaian pasukan. Teruskan Napoli. Sekarang saya mahu pasukan memenangi kejuaraan liga.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MUSIM HEBAT: Higuain (kanan) bersaing dengan pemain Frosinone, Robert Gucher pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Matusa, Itali pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters MUSIM HEBAT: Higuain (kanan) bersaing dengan pemain Frosinone, Robert Gucher pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Matusa, Itali pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia