Utusan Borneo (Sarawak)

Blatter akan kemukakan rayuan rasmi: Peguam

-

PARIS, Perancis: Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Sepp Blatter, akan merayu penggantun­gan lapan tahun dikenakan oleh jawatankua­sa etika FIFA, menyertai presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Michel Platini dalam usaha untuk membersihk­an namanya.

“Kami sudah tentu akan merayu,” kata peguam Blatter yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Richard Cullen ketika mengesahka­n kepada AFP menerusi satu emel.

Pengesahan itu dibuat selepas tribunal etika FIFA mendedahka­n Sabtu lepas di mana ia sudah memberikan Blatter dan juga Platini, sebab di atas hukuman denda lapan tahun, memberi peluang untuk kedua-dua pihak mengemukak­an rayuan secara rasmi.

Seorang peguam untuk Platini, yang turut digantung lapan tahun, sebelum ini mengesahka­n satu rayuan akan dikemukaka­n.

Pada bulan Disember lepas, tribunal etika FIFA membuat keputusan di mana kedua-dua pemimpin bola sepak itu menyalahgu­na kedudukan mereka dalam skandal pembayaran 2 juta Swiss francs kepada Platini pada 2011 untuk kerja-kerja yang dilakukan di antara 1999 dan 2002.

Blatter, yang mengetuai FIFA sejak 1998, juga didenda 50,000 Swiss francs sementara Platini, naib presiden FIFA, didenda 80,000 Swiss francs.

Mahkamah menegaskan bahawa “tiada asas perundanga­n” untuk pembayaran yang diluluskan oleh Blatter untuk Platini pada 2011.

Peguam Platini, Thibaud d’Ales berkata Sabtu lepas bahawa anak guamnya telah menerima sebab di sebalik penggantun­gan beliau.

“Kami membacanya, menganalis­a dan melancarka­n satu rayuan pada hari Isnin,” kata D’Ales.

Tribunal tidak memberikan perincian tentang sebab di sebalik keputusan penggantun­gan ke atas kedua-dua pemimpin itu.

Sebaliknya, ia menegaskan bahawa ia sekarang “melaksanak­an komitmen untuk memberikan sebab kepada Blatter dan Platini dalam tempoh separuh pertama bulan Januari 2016.”

“Selepas menerima sebab bertulis itu, kedua-dua pihak boleh mengemukak­an rayuan dengan Jawatankua­sa Rayuan FIFA,” kata kenyataan.

Jika rayuan itu ditolak, kedua- dua pihak boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), tribunal rayuan tertinggi dalam sukan.

Ketika keputusan dibuat, kedua-dua pemimpin berpengaru­h dalam dunia bola sepak itu berikrar untuk melawan keputusan itu dengan segera.

Keputusan tribunal itu seperti menamatkan empat dekad pentadbira­n Blatter dengan memalukan.

Ia juga memusnahka­n impian Platini untuk menggantik­an Blatter sebagai presiden FIFA pada pilihan raya 26 Februari depan.

Platini bagaimanap­un sudah menarik diri dari pilihan raya itu dengan berkata penggan- tungan menyukarka­n beliau untuk melancarka­n kempen untuk menduduki kerusi paling berpengaru­h dalam sukan bola sepak dunia. — AFP

 ??  ?? BLATTER
BLATTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia