Utusan Borneo (Sarawak)

Bernhardt teruskan misi pilih pemain skuad Sukan SEA

-

PETALING JAYA: Skuad Projek Sukan SEA 2017 akan mengandung­i gabungan pemain dari skuad Harimau Muda B dan C yang telah dibubar serta pemain-pemain negeri dan kelab daripada Liga Malaysia (Liga M).

Ketua jurulatihn­ya, Frank Bernhardt bagaimanap­un berkata beliau belum memuktamad­kan skuad buat masa ini kerana Liga M hanya bemula pada 12 Februari dengan perlawanan Liga Perdana.

“Justeru, saya perlu menunggu sehingga musim baharu (Liga M) untuk bermula sebelum saya memilih pemain yang diperlukan untuk skuad ini,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan skuad itu di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sementara itu, Bernhardt berkata sembilan daripada 39 pemain yang gagal melaporkan diri untuk sesi latihan hari pertama pada Isnin masih bepeluang untuk mengisi slot ke Sukan SEA 2017.

Beliau, bagaimanap­un mengingatk­an bahawa kesemua mereka harus beraksi dengan skuad masing-masing dari semasa ke semasa dalam Liga M untuk membolehka­n mereka dipanggil semula ke dalam skuad.

Laporan media hari ini (semalam) melaporkan bahawa semua sembilan pemain, kebanyakan dari Johor Darul Ta’zim II gagal melaporkan diri untuk latihan pertama selepas gagal dilepaskan oleh pasukan masing-masing.

“Tiada masalah bagi saya untuk memanggil semula mereka. Kami mempunyai jadual perlawanan FIFA, jadi saya hanya akan memanggil mereka untuk perlawanan dalam tempoh ini dan tidak apabila liga masih berlangsun­g,” kata Bernhardt.

Sementara itu, FAM dalam kenyataan hari ini mengumumka­n bahawa Bernhardt telah memanggil 20 pemain pemain dari negeri dan kelab untuk sesi latihan fasa kedua selama lima hari, bermula hari ini (Isnin).

Senarai 20 pelatih: Ahmad Solehin Mamat ( Melaka), Kamullah Al Hafiz Mat Rowi (Felda United), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak), Muhammad Alif Haikal Mohd Sabri ( PKNS FC), Muhammad Nurikhwan Mohammad Ismail ( Kuala Lumpur), Mohd Adip Zainuddin ( UiTM FC), Muhammad Safawi Rasid, Mohammad Arif Fadzilah Abu Bakar @ Muhammad, Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri, Mohammad Mohd (T-Team).

Mohamad Raphi Azizan Mariappen, Muhammad Farhan Roslan, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhamad Syazwan Abdullah (Kedah), Muhammad Faizzudin Mohd Abidin, Muhammad Rahmat Zainol, Muhammad Amirul Syafiq Muhd Sham, K. Sarkunan, K. Kannan (Selangor). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia