Utusan Borneo (Sarawak)

Terkepung, orang awam paling menderita di

-

DI bandar terkepung Madaya, penduduk Syria yang tinggal tulang dan kulit meredah penembak curi dan periuk api demi mendapatka­n makanan di sebalik perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya membenarka­n kemasukan bantuan.

“Kami sudah lupa bagaimana rasa roti,” kata Mohamed, 27, kepada koresponde­n Rouba El Husseini dari bandar Syria dekat sempadan dengan Lubnan itu.

Penduduk yang terperang di Madaya kini kebuluran dan ada yang sudah mati, menurut Mohamed dan beberapa penduduk lain ketika ditemu bual, dan tidak ramai daripada mereka masih berharap.

“Situasi telah menjadi amat tragik,” katanya lanjut.

Kira-kira 40,000 orang, kebanyakan­nya orang awam, dipercayai terperangk­ap di bandar dalam wilayah Damsyik itu, kebanyakan­nya melarikan diri dari kubu kuat pemberonta­k di bandar berjiran Zabadani.

Kedua-dua bandar Zabadani dan Madaya kini berada di bawah kawalan pakatan longgar pemberonta­k, termasuk kelompok sekular dan kumpulan Islamis.

Mereka dikepung tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, dan tahun lepas tergolong dalam satu perjanjian berserta dua kampung yang dirampas pemberonta­k di barat laut Syria, untuk membenarka­n kemasukan bantuan dan pemindahan orang awam dan mangsa yang cedera.

Namun setakat ini Madaya hanya menyaksika­n satu penghantar­an bantuan, itu pun tiga bulan lalu, dan penduduk, aktivis serta agensi bantuan menggambar­kan keadaan teruk di bandar tersebut sekarang.

MAKAN RUMPUT

“Tiada apa-apa untuk dimakan lagi. “Tiada apa-apa melainkan air telah memasuki mulut saya sejak dua hari lalu,” kata Momina, 32. “Kami hanya mahu seseorang untuk memberitah­u kami sama ada bantuan sedang datang atau tidak kerana kami tiada apa-apa sekarang.”

Mohamed berkata, kos makanan yang sedia ada tidak terjangkau dengan sumber kewangan yang menipis.

“Situasi telah menjadi amat tragik, tidak banyak barang yang boleh diseludup masuk jadi harga makanan melambung tinggi. menghidap malnutrisi dan penyakit lain.

“Kebanyakan penduduk bandar terpaksa bertahan dengan memakan rumputrump­ai manakala yang lain membayar wang yang banyak di pos pemeriksaa­n kerajaan untuk mendapatka­n makanan,” kata pengarahny­a Rami Abdel Rahman. “Seorang penduduk yang semasa penghantar­an terakhir bantuan, turut menceritak­an gambaran suram.

“Sudah terlalu lama mereka dibiarkan tanpa sebarang keperluan asas, bekalan makanan asas, perubatan asas, tiada bekalan elektrik dan air.

“Saya benar-benar melihat kelaparan dalam mata mereka,” jelas Krzysiek. bulan untuk membenarka­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n serta pemindahan orang awam dan pejuang yang cedera.

Penghantar­an pertama bantuan diteruskan dan pada Disember, kira-kira 450 pejuang dan orang awam dari Zabadani, Fuaa dan Kafraya dipindahka­n. Tetapi tiada penghantar­an bantuan susulan dan tatkala tentera kerajaan

 ?? — Gambar Reuters ?? SUARA KECIL TAPI LANTANG: Kanak-kanak Syria membawa sepanduk ketika menyeru pembebasan bandar Madaya dan Zabadani yang dikepung, di hadapan ibu pejabat PBB di Beirut, Lubnan baru-baru ini. Sepanduk itu tertera kata-kata dalam bahasa Arab yang bermaksud...
— Gambar Reuters SUARA KECIL TAPI LANTANG: Kanak-kanak Syria membawa sepanduk ketika menyeru pembebasan bandar Madaya dan Zabadani yang dikepung, di hadapan ibu pejabat PBB di Beirut, Lubnan baru-baru ini. Sepanduk itu tertera kata-kata dalam bahasa Arab yang bermaksud...
 ??  ?? RAYU BELAS KASIHAN DUNIA: Gambar rakaman pegun video menunjukka­n seorang bayi yang kekurangan zat dan kombinasi gambar beberapa lelaki yang kebuluran di Madaya.
RAYU BELAS KASIHAN DUNIA: Gambar rakaman pegun video menunjukka­n seorang bayi yang kekurangan zat dan kombinasi gambar beberapa lelaki yang kebuluran di Madaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia