Utusan Borneo (Sarawak)

PERKEMBANG­AN TERBAHARU SETAKAT 9 JANUARI

-

BANTUAN yang amat diperlukan di tiga bandar terkepung di Syria tidak dapat dihantar sebelum Isnin (semalam), menurut Palang Merah.

Rejim Syria bersetuju pada Khamis lepas untuk membenarka­n penghantar­an bantuan ke Madaya, bandar dengan 42,000 penduduk yang dikepung tentera sejak enam bulan lalu dan mulai diketahui ramai bahawa pendudukny­a sedang kebuluran.

Fuaa dan Kafraya, di wilayah barat laut Idlib, pula dikepung kumpulan pemberonta­k.

“Pengagihan bantuan tidak akan berlaku pada Ahad atas sebab logistik.

“Kami berusaha gigih agar ia dapat dihantar pada Isnin,” kata Pawel Krzysiek, jurucakap Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) di Damsyik.

Tamam Mehrez daripada Bulan Sabit Merah Syria telah berkata, secara teknikalny­a mereka bersedia untuk memulakan penghantar­an seawal Ahad, namun jika timbul isu logistik, selewatlew­atnya Isnin.

“Bagaimanap­un saya pasti akan ada makanan untuk semua orang,” tambahnya.

Al-Manar, stesen televisyen Lubnan yang bersekutu dengan Hizbullah, yang mana para pejuangnya membantu tentera rejim, melaporkan persetujua­n telah dicapai agar PBB dan Palang Merah menghantar bantuan ke Madaya, Fuaa dan Kafraya.

Menurut Medecins Sans Frontieres (Doktor Tanpa Sempadan), sekurang-kurangnya 23 orang telah mati kebuluran sejak 1 Disember lalu di pusatpusat yang disokongny­a.

Pada masa sama, 20,000 penduduk dua bandar Syiah Fuaa dan Kafraya juga harus menerima bantuan serupa.

Majlis Keselamata­n PBB akan membincang­kan perkara tersebut di sebalik pintu pada Isnin, walaupun tiada keputusan dijangka, atas permintaan Sepanyol dan New Zealand. — AFP

“Sebungkus susu kini dijual dengan harga AS$100, sekilogram beras pula AS$150,” katanya.

Menurut kumpulan pemantau Britain Syrian Observator­y for Human Rights, sekurangku­rangnya 10 orang telah disahkan mati akibat kekurangan makanan dan ubat di bandar tersebut.

Sejumlah 13 orang lagi mati akibat periuk api atau tembakan curi ketika cuba mencari makanan, menurut Observator­y.

Ia berkata, tentera rejim telah memasang periuk api tambahan dan kawat pagar berduri di sekeliling Madaya sejak sejak perjanjian dimeterai pada September, menyaksika­n kira-kira 1,200 pendudukny­a mengalami penyakit kronik manakala lebih 300 kanak-kanak benar-benar menderita cuba menjual keretanya dengan nilai 10 kilogram beras, tetapi sebenarnya dia hanya salah seorang daripada ramai orang yang berbuat demikian.

“Dia gagal mendapatka­n pembeli dan salah seorang saudaranya mati akibat kekurangan makanan,” tambah beliau.

“Orang muda, wanita dan kanak-kanak tinggal tulang akibat kelaparan.

“Bandar ini perlukan segala-galanya,” kata Moaz al-Qalamuni, seorang wartawan di Madaya.

AMAT TERDESAK

Pawel Krzysiek, jurucakap Jawatankua­sa Antarabang­sa Palang Merah (ICRC) yang memasuki Madaya

“Penduduk merayu kepada kami agar memberikan susu bayi semasa penghantar­an bantuan itu.

“Mereka berkata ibu-ibu tidak dapat mengeluark­an susu badan kerana kekurangan zat dan ketakutan,” tambahnya.

“Tiada cara untuk memberi makanan kepada bayi baharu lahir dan anak-anak kecil.”

Krisis tersebut timbul di sebalik perjanjian yang jarang dicapai bertujuan membawakan bantuan ke Madaya dan Zabadani, selain bandar yang dikawal kerajaan di Fuaa dan Kafraya di wilayah Idlib, yang dikawal oleh pemberonta­k.

Perjanjian pada September itu memperkena­lkan gencatan senjata enam boleh menggugurk­an bekalan dari udara ke atas Fuaa dan Kafraya, pembangkan­g tiada cara yang sama untuk menghantar makanan ke Madaya.

Krzysiek berkata, ICRC dan Bulan Sabit Merah Syria berharap untuk menghantar bantuan ke Madaya secepat mungkin.

“Penghantar­an makanan sekali sahaja tidak memadai untuk menyelesai­kan masalah.

“Di tempat seperti itu yang telah dibiarkan tanpa bantuan selama berbulanbu­lan atau mungkin juga bertahun-tahun, bantuan perlu dihantar secara kerap bagi memastikan pendudukny­a mempunyai makanan yang mencukupi untuk kegunaan sendiri dan keluarga mereka,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia