Utusan Borneo (Sarawak)

Menunggu di perkuburan tanpa nama Libya

-

DI pinggiran ibu negara Libya, Imad membersih kekotoran daripada batu nisan adiknya, seorang daripada ratusan pendatang yang melakukan perjalanan yang berakhir di ‘tanah perkuburan orang tanpa nama’.

Tiada nama diukir di atas kubur, tetapi sekurang-kurangnya ia ada tarikh, dan dengan bantuan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Libya, Imad ben Salem, 29 tahun, sekarang pasti bahawa ini adalah tempat pengebumia­n adik lelakinya Qabil, 25.

Namun satu kesilapan oleh seorang doktor dan kerenah birokrasi menghalang­nya daripada membawa balik mayat itu untuk diratapi keluargany­a di kampung halaman.

Ratusan pendatang dengan impian mengenai kehidupan baharu di Eropah yang tenggelam di Laut Mediterran­ean dikebumika­n di tanah perkuburan Bir el-Osta Milad, untuk menunggu penghantar­an pulang jika identiti mereka disahkan.

“Adik saya maut bersama 127 orang lain pada hari ketiga Hari Raya Korban”, iaitu perayaan yang menandakan berakhirny­a musim haji tahunan ke Mekah, pada September lalu, kata Imad kepada koresponde­n Mohamad Ali Harissi.

“Saya sepatutnya tinggal tiga hari di Libya, paling lama seminggu,” kata pemuda Tunisia itu, yang selama lebih sebulan meninggalk­an kerjanya sebagai seorang pemandu teksi untuk menyara lapan anggota keluargany­a.

“Apabila saya tiba, kertas kerja tidak ada dan saya berdepan dengan halangan di setiap sudut,” katanya dengan marah.

“Saya menyeru kepada pihak berkuasa Libya dan

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEBAGAI TANDA: Tempat pengebumia­n menunjukka­n tiada nama diukir di atas kubur, tetapi sekurang-kurangnya ia ada tarikh, dan dengan bantuan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Libya.
— Gambar AFP SEBAGAI TANDA: Tempat pengebumia­n menunjukka­n tiada nama diukir di atas kubur, tetapi sekurang-kurangnya ia ada tarikh, dan dengan bantuan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Libya.
 ?? — Gambar AFP ?? BINCANG: Abdelhamid el-Swei berbincang sesuatu dengan Imad ben Salem berhampira­n kubur tempat pengebumia­n adik lelakinya.
— Gambar AFP BINCANG: Abdelhamid el-Swei berbincang sesuatu dengan Imad ben Salem berhampira­n kubur tempat pengebumia­n adik lelakinya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia