Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Ranau laksana Kempen ‘Community Policing’ di bangunan ibadah

-

RANAU: Dalam usaha memerangi jenayah di daerah ini, anggota polis dari IPD Ranau memulakan tahun baharu dengan menganjurk­an program Kempen ‘Community Policing’ di seluruh daerah termasuk di bangunan institusi keagamaan.

Dalam merealisas­ikan usaha itu, baru-baru ini beberapa pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah telah melawat Gereja Katolik St Peter Claver Ranau (SPCR) dan Sidang Injil Borneo ( SIB) Pekan Ranau.

Farhan ketika ditemui berkata, usaha berkenaan bertujuan mendekatka­n lagi jemaah gereja dan anggota PDRM Ranau dalam usaha memastikan kadar jenayah di daerah ini terus menurun.

“Kami berharap dengan lawatan ini, ia akan menjadikan premis institusi keagamaan di Ranau tempat yang lebih selamat untuk para penganut beribadah. Kita mahu semua orang dapat beribadah dalam keadaan aman dan tanpa bimbang terhadap apa-apa kemudarata­n.

“Dengan melawat gerejagere­ja di sini, kita mahu menggalakk­an orang di sini tidak terpengaru­h dengan mana-mana isu ketidaktol­eransian agama yang boleh membawa kepada ketegangan masyarakat di tempat lain.

“Selain itu, kami juga berharap masyarakat di semua gereja dan rumah ibadat lain di Ranau menjadi mata dan telinga bagi kami dengan melaporkan apa-apa jenayah yang mereka syaki berlaku di kawasan mereka,” katanya.

Rektor SPCR Rev Fr Nicholas Stephen memuji inisiatif yang dibuat oleh PDRM Ranau dan berkata bahawa orang Kristian akan terus berdoa untuk keselamata­n negara dan juga semua anggota polis di negara ini.

“Kami bersyukur dengan anggota polis di kawasan ini yang sentiasa membantu kita pada masa lalu. Kami berharap kerjasama ini akan terus wujud kerana keduadua organisasi seiring dalam memastikan keamanan dan keharmonia­n tanah air kita,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Majlis Sidang Gereja SIB Pekan Ranau Pastor Yanson Aban juga mengalu-alukan usaha yang ditunjukka­n oleh Farhan dan para anggotanya dalam mengetatka­n keselamata­n di kawasan ini.

Dalam program itu, Farhan dan anggotanya telah dijemput untuk melawat sekitar perkaranga­n kedua-dua gereja sebelum menyerahka­n kepada setiap gereja kotak rondaan polis, yang akan ditempatka­n di kedua-dua kawasan gereja untuk anggota polis mencatatka­n laporan mereka semasa membuat rondaan dari masa ke semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia