Utusan Borneo (Sarawak)

Simptom Anaemia bahaya kepada ibu mengandung

Masalah kurang darah menyumbang kepada pelbagai komplikasi

-

PAPAR: Menyedari betapa bahayanyas­imptomAnae­mia terhadap ibu mengandung terutamany­a di kawasan luar bandar, Pejabat Kesihatan Daerah Papar tampil mengadakan program bagi memberi pendedahan kepada golongan terbabit pada Sabtu lepas.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Papar itu turut mendapat kerjasama daripada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kota Kinabalu dan Persatuan Puspanita Cawangan Papar.

Lebih 100 orang terdiri daripada masyarakat setempat hadir di program bertemakan ‘Masyarakat Aktif dan Sihat Tanpa Anaemia’ yang dilancarka­n Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar ketika ditemui berkata, usaha yang dilakukan itu amat berketepat­an sekali kerana ia mampu memberi pendidikan awal kepada para ibu untuk menjaga kesihatan mereka.

Jelasnya, kadar Anemia dalam kalangan wanita dan ibu mengandung di kawasan ini bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 telah mencapai 29 peratus.

Tambahnya, statistik dibuat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Daerah Papar itu adalah lebih tinggi daripada kadar 10 peratus yang telah ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Masalah kurang darah atau Anemia ini menyumbang kepada pelbagai komplikasi kepada ibu mengandung seperti keguguran di awal kandungan dan kelahiran bayi kurang berat badan dan kecacatan.

“Malah, ia turut menyebabka­n masalah jantung sekiranya pesakit mengalami kekurangan darah yang teruk serta berpanjang­an,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Kesihatan Daerah Papar Dr Shameer Khan Sulaiman dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Johny Mositun.

Dalam pada itu, Rosnah berkata program berbentuk ceramah saja sememangny­a tidak memadai, oleh itu usaha berkenaan haruslah disusuli dengan amalan gaya pemakanan yang seimbang seperti pengambila­n makanan yang berzat.

“Adalah amat penting untuk para ibu mengamalka­n gaya pemakanan yang sihat kerana jika tidak dipratikka­n dengan betul ia bukan sahaja akan memudaratk­an ibu itu sendiri tetapi juga kepada anak berkenaan,” katanya.

Rosnah turut menegaskan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan masingmasi­ng memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesihatan anggota masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pegawai kesihatan yang bertugas agar memberikan input dan pengetahua­n am berguna kepada masyarakat khususnya para wanita dan ibu yang sedang hamil.

 ??  ?? KESEDARAN: Rosnah (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Dr Shameer (kiri) selepas melancarka­n program Masyarakat Aktif dan Sihat Tanpa Anaemia.
KESEDARAN: Rosnah (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Dr Shameer (kiri) selepas melancarka­n program Masyarakat Aktif dan Sihat Tanpa Anaemia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia