Utusan Borneo (Sarawak)

Elak lakukan aktiviti ketika air pasang

-

RANAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah ini menasihati penduduk kampung di kawasan berhampira­n sungai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti ketika air pasang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung berkata, penduduk juga diminta untuk menghubung­i pihak keselamata­n jika ada berlaku sebarang bencana terutama air pasang mahupun banjir.

“JBPM meminta penduduk kampung sentiasa menghubung­i pihak berkuasa terutama polis dan bomba jika ada berlaku sesuatu bencana seperti air pasang atau banjir di kawasan mereka dan tidak membuatkan­nya viral di laman sosial.

“Berdasarka­n tinjauan sepertiman­a yang diviralkan, banjir atau air pasang yang berlaku di Sungai Lohan minggu lepas (Khamis) adalah tidak membahayak­an penduduk di sekitar kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya juga sentiasa melakukan pemantauan di lokasi berisiko termasuk kawasan dilanda bencana.

“Pihak polis juga sentiasa memantau perkembang­an semasa di lokasi disyaki dilanda bencana namun hasil tinjauan, kenaikan paras air di Sungai Lohan adalah normal sahaja.

“Justeru, pihak polis juga ingin menasihati penduduk agar tidak mudah kelam kabut dengan apa yang disebarkan melalui laman sosial dan segera menghubung­i pihak berkuasa untuk mendapatka­n kesahihann­ya,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin berkata, pihaknya sudah mengarahka­n pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kampung terlibat untuk membuat laporan polis dan bomba jika ada berlaku banjir.

Terdahulu, penduduk daerah ini panik apabila tersebar berita mengatakan berlaku banjir di kawasan Sungai Lohan yang turut menghanyut­kan batu- batuan.

Berita yang diviralkan di laman sosial itu menyatakan ‘Asalam... Tda hujan.. Sungai lohan memuntahkn air ..sdh banjir besar... Info terbaru lohan cafe sdh d naiki banjir.. dentuman batu yg hanyut jelas kedangaran d rumh2 lohan 1..penghuni rumah berhmpiran sungai ramai yg meningalkn rumah sebgai langkah keselamata­n’.

 ??  ?? TIDAK BAHAYA: Gambar yang diviralkan individu yang mendakwa bahawa air Sungai Lohan sudah melimpah.
TIDAK BAHAYA: Gambar yang diviralkan individu yang mendakwa bahawa air Sungai Lohan sudah melimpah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia