Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat diminta bergerak aktif kenal pasti keperluan rakyat

-

KUALA PENYU: Pemimpin masyarakat khususnya di kawasan ini diminta terus bergerak aktif bagi mengenal pasti sebarang keperluan yang diperlukan masyarakat di sesebuah kampung.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Dun berkata, langkah itu penting dilaksanak­an setiap pemimpin masyarakat kerana usaha itu dilihat dapat memudahkan kerajaan menyalurka­n peruntukan termasukla­h pelbagai segi bantuan.

“Saya minta setiap pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan ketua kampung (KK) agar mengemukak­an permohonan berdasarka­n keperluan rakyat dalam se- buah kampung.

“Jangan memohon benda yang sama berulang kali sedangkan kemudahan terbabit sudah pun dibina di kawasan itu.

“Oleh itu, sebaiknya kita meminta kemudahan yang amat diperlukan oleh seluruh anggota masyarakat bagi memastikan ia mampu memberi manfaat sepenuhnya kepada komuniti terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Beaufort di Dewan Shahbandar Makang, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Raymond Jury.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut meminta setiap JKKK dan KK supaya sentiasa bekerjasam­a dengan erat bagi menjamin kelestaria­n pembanguna­n di kawasan mereka.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan segala perancanga­n dan agenda pembanguna­n kerajaan dapat dilaksanak­an dengan sebaiknya demi kepentinga­n masyarakat.

“Sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan, pemimpin akar umbi juga harus lebih dedikasi dalam menjalanka­n tugas mereka bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing terus terpelihar­a,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Sebahagian daripada pemimpin masyarakat yang hadir bersalaman dengan Azizah.
TURUN PADANG: Sebahagian daripada pemimpin masyarakat yang hadir bersalaman dengan Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia