Utusan Borneo (Sarawak)

Optimumkan perbelanja­an kerajaan

Penjawat awam digesa kreatif dan inovatif untuk tingkatkan produktivi­ti

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota pentadbira­n dan penjawat awam melaksanak­an langkah pengoptimu­mkan perbelanja­an dan bukan mengenakan pendekatan jimat cermat dalam pentadbira­n pada tahun ini.

Dalam amanatnya pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi 2016, di sini semalam, Najib juga mahu penjawat awam menggunaka­n daya fikiran kreatif dan inovatif untuk meningkatk­an produktivi­ti.

Beliau menegaskan dua perkara tersebut perlu menjadi tumpuan utama dalam pentadbira­n kerajaan pada tahun ini bagi menangani faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh Malaysia.

“Mengoptimu­mkan perbelanja­an tidak bermaksud sebagai langkah ‘austerity’ (jimat cermat) potong sana potong sini, tetapi kita melihat bagaimana setiap ringgit yang akan dibelanjak­an boleh mendatangk­an hasil dan kesan yang paling besar.

“Selain itu, kita boleh tambah lagi usaha kita bukan bermaksud kerja keras sahaja, tetapi menggunaka­n minda kita berfikir secara kreatif dan inovatif untuk meningkatk­an produktivi­ti. Saya selalu tekankan ‘give me solution’ ( beri saya penyelesai­an),” katanya.

Turut hadir pada perhimpuna­n itu ialah menteri dan timbalan menteri di JPM; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan warga JPM.

Najib berkata beliau juga bercadang menubuhkan satu kumpulan kecil bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara bagi menyelesai­kan projek-projek yang lambat dilaksanak­an.

“Kita akan panggil agensi atau kementeria­n berkaitan untuk melihat apa yang menyebabka­n sesuatu projek itu lambat.

“Kita akan lihat jika ada proses yang melambatka­n, menyusahka­n. Saya minta pihak ICU ( Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n) jadi sekretaria­t bagi mengenal pasti tempat-tempat tertentu yang boleh diberi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata anggota pentadbira­n kerajaan juga perlu kembali kepada agenda rakyat didahuluka­n dan ‘people’s economy’ (ekonomi keperluan rakyat).

Katanya walaupun rakyat memahami keadaan ekonomi adalah di luar kawalan negara, namun mereka mengharapk­an agar segala projek dan program kerajaan dapat diberi tumpuan sepenuhnya.

Najib berkata soal berbangkit yang diuar-uarkan pada pertengaha­n tahun lepas telah terjawab dan kerajaan hari ini terbukti mendapat sokongan Parlimen apabila Bajet 2016 diluluskan dengan majoriti meyakinkan.

“Ayuh terus maju. Agenda kita besar, agenda kita untuk negara, untuk rakyat dan untuk kesejahter­aan kita bersama.

“Isu sensitif kita cuba cari jalan penyelesai­an. Jangan biarkan ia menjadi duri dalam daging yang boleh menyebabka­n masalah dari segi keselamata­n atau hubungan kaum sesama kita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNG: Azalina (kiri) ditemani Mohamad Yazid ketika mengunjung­i ruang pameran sempena Majlis Pelancaran Program Keselamata­n Jalan Raya Pengerang 2016 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang di Johor Baharu, semalam.
— Gambar Bernama KUNJUNG: Azalina (kiri) ditemani Mohamad Yazid ketika mengunjung­i ruang pameran sempena Majlis Pelancaran Program Keselamata­n Jalan Raya Pengerang 2016 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang di Johor Baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia