Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK tiada kuasa tentukan harga ikan berikutan El Nino

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa dalam soal menentukan turun atau naik harga ikan berikutan fenomena El Nino.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaska­n kementeria­n itu sebaliknya berfungsi untuk melihat daripada segi penerimaan pengguna tentang harga sama ada patut naik atau turun.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an anugerah perkhidmat­an cemerlang 2015 kepada 265 warga kementeria­n di sini semalam, Hamzah berkata KPDNKK hanya mempunyai kuasa dalam menentukan dua barang keperluan iaitu gula dan tepung di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Ramai tidak tahu bahawa kuasa KPDNKK adalah terhad,” katanya sambil menambah bahawa harga ikan naik atau turun adalah bidang kuasa Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau dalam pada itu akan meminta pengawai kementeria­nnya untuk meringkask­an Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 agar ia mudah difahami oleh rakyat biasa.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah memberi jaminan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak mentah dunia turun.

Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengekalka­n hasil kutipan cukai enam peratus, yang berkuat kuasa 1 April lalu, dan isu kenaikan GST tidak dibangkitk­an dalam mesyuarat kabinet. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Hamzah menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Fadzilah Mohd Noordin daripada Unit Koperasi Korporat disaksikan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Alias Ahmad (dua kiri) pada majlis APC kementeria­n di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Hamzah menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Fadzilah Mohd Noordin daripada Unit Koperasi Korporat disaksikan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Alias Ahmad (dua kiri) pada majlis APC kementeria­n di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia