Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas boleh menyebabka­n lebih risiko alami dehidrasi, strok haba

-

PUTRAJAYA: Cuaca panas dan kering yang berpanjang­an boleh menyebabka­n seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabka­n seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkuranga­n seterusnya menyebabka­n individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga,” katanya dalam satu kenyataan semalam mengenai penjagaan kesihatan ketika cuaca panas dan kering.

Beliau berkata musim kering berpanjang­an boleh menyebabka­n beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu dan berisiko menimbulka­n beberapa penyakit berkaitan masalah tersebut.

Antara penyakit berkaitan ialah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan ( URTI), asma dan konjunktiv­itis.

“Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatk­an orang ramai bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangk­an kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka berlanjuta­n sehingga Mac depan.

Menurutnya, Jabatan Meteorolog­i memaklumka­n cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka turut dirasai di seluruh Semenanjun­g, Sabah, Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak pada penghujung Januari hingga Mac tahun ini.

Keadaan yang disebabkan fenomena El Nino dijangka menyebabka­n penguranga­n jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius berbanding hari biasa suhu maksimum ialah di antara 28.6 dan 35 darjah Celsius manakala semasa hari panas adalah antara 35 dan 37 darjah Celsius, katanya.

Dr Noor Hisham menasihatk­an orang ramai agar minum air yang dimasak secukupnya dan pada masa sama mengehadka­n aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau pa- yung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.

Orang ramai juga harus memakai pakaian yang ringan dan elak pakaian tebal dan ketat, sebolehnya berada dalam rumah atau bangunan yang mempunyai pengudaraa­n yang cukup atau kelengkapa­n pendingin hawa sekiranya mampu.

Orang ramai disaran agar menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk Aedes dan bagi mereka yang menyimpan air di dalam bekas, diingatkan supaya memas- tikan bekas penyimpana­n air adalah bersih dan selamat, katanya.

“Mereka yang mengalami penyakit- penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk,” katanya.

“Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatk­an supaya berhenti merokok dan berhenti menggunaka­n rokok elektronik dan vape,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia