Utusan Borneo (Sarawak)

NGO urus mayat bukan Islam perlu peruntukan khas k’jaan

-

KLANG: Persatuan Kebajikan Khairat Pengebumia­n Kaum India Selangor (KHAIS) semalam memohon peruntukan khas daripada kerajaan bagi menjalanka­n kerja menguruska­n mayat bukan Islam yang tidak dituntut di negara ini.

P r e s i d e n n y a D.Dhatchinam­oorthy ber- kata peruntukan itu diperlukan bagi memudahkan NGO itu membantu hospital kerajaan menguruska­n mayat bukan Islam yang tidak dituntut di rumah mayat.

“Setakat ini, KHAIS menguruska­n lapan mayat bukan Islam yang tidak dituntut dan kami perlukan peruntukan khas bagi meneruskan kerja mulia ini.

“Ini penting bagi membantu mengoptimu­mkan pengurusan kos ditanggung hospital selain mengurangk­an kesesakan di tempat simpanan mayat,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pihaknya membelanja­kan hampir RM2,000 bagi setiap urusan pengebumia­n mayat tidak dituntut, hasil sumbangan orang ramai.

Dhatchinam­oorthy berkata KHAIS, yang mempunyai 20 sukarelawa­n, turut menguruska­n anggota badan terbiar atau tidak dituntut waris.

“Banyak anggota badan pesakit bukan Islam seperti kaki yang dipotong akibat kencing manis dibiarkan di hospital kerajaan kerana tiada waris tampil membuat tuntutan,” katanya.

Menurutnya KHAIS memerlukan sekurang-kurangnya 50 sukarelawa­n bagi menguruska­n mayat tidak dituntut.

Mereka yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 10104- 4100010411-1.

Dhatchinam­oorthy berkata orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut di laman Facebook KHAIS atau menghubung­inya di talian 0177646933 dan 0126700762. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia