Utusan Borneo (Sarawak)

BTN perlu penjenamaa­n semula untuk kekal relevan: Azalina

-

KOTA TINGGI: Biro Tata Negara (BTN) perlu melalui proses penjenamaa­n semula bagi memastikan pengisian ilmunya relevan kepada kumpulan sasaran terutamany­a generasi muda. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata program BTN memerlukan banyak perubahan khususnya dari sudut pengisian yang relevan memandangk­an kebanyakan sasaran peserta terdiri generasi muda.

“Kita harap dalam masa terdekat ini, kita akan buat penjenamaa­n semula supaya BTN ini fokus kepada anak muda di peringkat universiti, kolej atau sekolah.

“Bagaimanap­un program ini juga harus ditumpukan kepada anak- anak muda lepasan universiti dan mungkin juga yang tidak masuk universiti tetapi terus bekerja,” kata beliau kepada pemberita di sini petang kelmarin.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Keselamata­n Jalan Raya Pengerang 2016 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang, dekat sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Syed Sis Abd Rahman dan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n Bhd (JPDC) Mohamad Yazid Jaafar.

Azalina berkata BTN juga perlu fokus kepada elemen patriotism­e sebab generasi muda merupakan pewaris kepada negara, sekali gus mengurangk­an elemen ekstremism­e.

“Sehubungan itu, saya harap penjenamaa­n semula BTN khususnya pada sumber teras lebih kepada tanggungja­wab bersama generasi muda sebagai pewaris kepada negara,” kata beliau.

“Saya j uga hendak menekankan bahawa ‘ kita Malaysia dahulu’ tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, orang Sabah atau Sarawak, itu perlu menjadi fokus kepada BTN,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia