Utusan Borneo (Sarawak)

Media mesti bertanggun­gjawab, elak sebar berita yang cetus konflik

-

KUALA LUMPUR: Media arus perdana dan alternatif perlu bertanggun­gjawab dan mengelakka­n daripada menyebar berita yang boleh mencetuska­n konflik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sikap itu penting kerana apa yang diterbitka­n media boleh mempengaru­hi orang ramai dan membentuk pendapat umum.

“Menyebar berita palsu atau yang diputar-belitkan mampu memberi kesan buruk selain mencetuska­n konflik,” katanya dalam catatan terbarunya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my semalam.

Menurut Salleh baru-baru ini terdapat berita kurang tepat yang disiarkan sehingga hampir mengakibat­kan negara berdepan konflik perkauman dan hanya dengan tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang keadaan yang boleh mencetuska­n pertumpaha­n darah.

Catatan Salleh itu adalah sebagai mengulas kenyataan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam yang menyatakan media adalah mekanisme penting yang mampu mempengaru­hi hala tuju dunia.

Oleh itu, Salleh menggesa pengamal media menerima nasihat Sultan Perak dan memastikan media membantu membangunk­an negara, bukan sebaliknya.

Beliau berkata peringatan Sultan Nazrin Shah itu adalah tepat pada masanya dan ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh keduadua media arus perdana dan alternatif.

Malah ada sesetengah pihak yang menyatakan media alternatif sudah mengambil alih peranan media arus perdana, kata menteri itu.

“Ini adalah benar di kebanyakan negara di dunia di mana majoriti rakyatnya mendapat berita daripada media alternatif dan populariti media cetak merudum ke tahap terendah,” kata Salleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia