Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi negara dipengaruh­i faktor luar kawalan

Harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah AS dan kelembapan ekonomi China beri kesan kepada M’sia

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktorfakt­or luaran yang di luar kawalan akan mempengaru­hi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktorfakt­or itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

“Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat.

“Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelema- han kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbira­n,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri ( JPM) yang pertama bagi tahun ini di sini semalam.

Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Pada perhimpuna­n itu, Najib menjelaska­n kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini.

“Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara.

“Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$ 32 dan AS$33 setong. Dengan ini, kita perlu ‘ recalibera­ted’ (pengubahsu­aian) pada Bajet 2016,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat untuk ‘normalise’kan (menormalka­n) kadar faedah menyebabka­n dolar Amerika lebih kukuh berbanding nilai mata wang di seluruh dunia, termasuk ringgit.

Selain itu, katanya, kelembapan ekonomi China juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Beliau memberikan contoh seperti apabila berlakunya penguranga­n pembelian kereta akan menyebabka­n kurangnya pembelian tayar, sekali gus mengakibat­kan penguranga­n pembelian getah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Najib menyampaik­an ucapan kepada warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika Perhimpuna­n Bulanan JPM di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra semalam. Turut hadir Ali Hamsa.
— Gambar Bernama UCAPAN: Najib menyampaik­an ucapan kepada warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika Perhimpuna­n Bulanan JPM di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra semalam. Turut hadir Ali Hamsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia