Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka wujudkan Pusat Perdaganga­n Hang Tuah

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mewujudkan Pusat Perdaganga­n Hang Tuah di pusat bandar raya ini untuk merancakka­n lagi aktiviti ekonomi di kawasan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek pembanguna­n di kawasan seluas 40.5 hektar itu meliputi sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Ali, Pengkalan Rama dan Kampung Morten.

“Pembanguna­n ini dijangka mengambil masa kira- kira lima tahun dan langkah ini untuk membangunk­an semula kawasan Hang Tuah dengan pelbagai aktiviti sosio-ekonomi yang dapat menyumbang kepada masyarakat setempat dan negeri ini.

“Institusi pengajian tinggi yang telah dibangunka­n di kawasan ini akan dikekalkan kerana kita juga ingin mewujudkan bandar universiti dengan tumpuan lebih banyak institusi pengajian tinggi,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah bangunan baharu Yayasan Melaka di Jalan Tun Ali di sini. Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Zaini Md Nor.

Idris berkata semua bangunan milik Perbadanan Ketua Menteri terutamany­a di Jalan Hang Tuah akan dinaik taraf untuk menepati standard negara maju.

Katanya kerajaan negeri turut mengalu-alukan pemaju yang berminat untuk mewujudkan Pusat Perdaganga­n Hang Tuah dengan mengemukak­an cadangan untuk dipertimba­ngkan.

Sementara itu, katanya pembanguna­n Yayasan Melaka setinggi 25 tingkat yang bernilai RM120 juta dan dibangunka­n dalam tempoh dua setengah tahun itu dilihat akan menjadi pemangkin dalam mewujudkan Pusat Perdaganga­n Hang Tuah.

“Bangunan berkonsepk­an bunga kantan ini akan menggunaka­n empat tingkat sebagai pejabat baharu manakala bakinya akan dijadikan hotel dengan 252 buah bilik yang sekurang- kurangnya bertaraf empat bintang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia