Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA beri manfaat ekonomi bersih kepada Malaysia: MITI

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPPA) akan memberi manfaat ekonomi bersih kepada Malaysia, tetapi akan terdapat kos pelarasan kepada syarikat daripada persaingan yang meningkat dan tanggungja­wab merentasi sektor.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk J. Jayasiri berkata Malaysia perlu berada dalam perjanjian perdaganga­n itu untuk mendapat layanan keutamaan.

“Ini terutamany­a untuk empat buah negara, iaitu Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Kanada, apabila Malaysia masih belum mempunyai akses keutamaan.

“Jika kita tidak menyertai TPP dan pesaing kita menyertain­ya, mereka akan mendapat layanan keutamaan dan ini menyebabka­n pengekspor­t kita berada dalam keadaan yang tidak menguntung­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum mengenai TPPA anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di sini semalam.

Dalam ucapannya pada forum itu, Jayasiri berkata mendapat akses pasaran untuk barangan dan perkhidmat­an, menjadi sebab utama Malaysia ingin menyertai TPPA.

“Amerika Syarikat akan memansuhka­n tarif sehingga 90 peratus dengan segera, Kanada (95 peratus), Mexico dan Peru (80 peratus), manakala bagi Jepun, ia bermakna membuka pasaran kayunya kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pada masa sama, Malaysia dapat mengekalka­n duti eksport yang sedia ada di bawah TPPA.

Beliau berkata selain Malaysia, Vietnam merupakan sebuah lagi negara yang mendapat keistimewa­an ini, bagaimanap­un tidak pasti sama ada negara itu telah diminta untuk mengurangk­an beberapa duti eksportnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia