Utusan Borneo (Sarawak)

Mitsubishi Triton Phantom gagah dengan aksesori terkini dan moden

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Jimisiar Autotrade Sdn Bhd (Sibu) di Persiaran Brook dekat sini, memperkena­lkan edisi Mitsubishi Triton Phantom baharu serba hitam yang gagah dengan kelengkapa­n aksesori terkini dan moden.

Triton Phantom yang berdasarka­n varian Triton VGT Adventure ini terhad kepada 200 unit sahaja di seluruh Malaysia, menjadikan bakal pemiliknya seorang yang unik dan bergaya daripada pemilik kenderaan lain di rantau ini.

Ia dijual pada harga yang amat berpatutan iaitu RM117,180.66 (tanpa insurans dan termasuk GST) serta didatangka­n dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau 100,000 kilometer pertama.

Rim aloi berwarna hitam pekat dengan saiz 17 inci menjadi kunci kepada nilai estetik pacuan empat roda ini, manakala kotak penuh di belakang dan gril berwarna hitam untuk cita rasa yang lebih agresif.

Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd Sim Hock Sing berkata, kepuasan pemanduan terletak pada enjinnya yang dijana oleh 2.4 liter empat silinder dengan intercoole­r Variable Geometry Turbo (VGT) yang menawarkan prestasi tinggi dengan penjimatan bahan api yang ekonomi.

“Edisi Triton baharu ini dilengkapi teknologi Double Overhead Cam (DOHC) 16 valve enjin turbodiese­l den- gan sistem common-rail yang mampu menghasilk­an 178 PS kuasa tork 4,000 rpm dan 400 Nm pada 2,000 rmp (50 Nm lebih tork sebelum ini) bagi memastikan Triton Phantom berada pada prestasi kukuh dalam mana-mana situasi.

“Ia juga didatangka­n dengan radius pembelokan 5.9 meter yang membolehka­n pemanduan lebih cekap di atas jalan raya berselekoh,” katanya.

Selain bahagian enjin yang diyakini terbaik, Sim memberitah­u reka bentuk luaran dengan aksesori terkini pasti memukau sesiapa sahaja pada pandangan pertama.

“Ia dilengkapi dengan padanan palang sport dan bampar hitam berkilat, bampar tambahan di hadapan, lampu utama Xenon HID bersama lampu nyalaan siang dan pelekat khas pada badan Triton Phantom.

“Meneroka bahagian kabinnya, Triton Phantom disempurna­kan dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam yang eksklusif.

“Di samping itu, elemen standard yang ada pada Triton Phantom dengan ciri kelas pertama termasuk butang penghidup enjin, operasi tanpa kunci, pedal penukar gear, sistem audio dengan skrin sesentuh kamera undur, butang 4WD dan kawalan suhu dua zon,” jelasnya.

Sim juga memberitah­u, bagi memastikan kepuasan pelanggan serta kenderaan pacuan empat roda ini berada pada prestasi terbaik, ia didatangka­n dengan penyelengg­araan percuma selama dua tahun dengan rebat tunai RM2,000 atau kos buruh percuma dengan rebat tunai RM4,000.

Diimport sebagai kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) oleh hab pengeluara­n global Mitsubishi Motor di Thailand.

Bagi yang berminat dengan edisi Triton Phantom ini dan pelbagai model keluaran Mitsubishi yang lain, boleh berkunjung ke semua bilik pameran Jimisiar Autotrade yang berdekatan bagi memandu uji dan melihat sendiri tawaran yang disediakan.

 ??  ?? LEBIH GAGAH: Sim (empat kiri) bersama kumpulan jualannya bergambar bersama edisi Triton Phantom baharu yang tampak lebih gagah dan menawan dalam warna serba hitam.
LEBIH GAGAH: Sim (empat kiri) bersama kumpulan jualannya bergambar bersama edisi Triton Phantom baharu yang tampak lebih gagah dan menawan dalam warna serba hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia