Utusan Borneo (Sarawak)

Model Mazda CX-3 Skyactiv dilancar di Maxspeed Automart

-

SIBU: Maxspeed Automart Sdn Bhd, pengedar sah kereta Mazda di sini telah melancarka­n model Mazda CX-3 Skyactiv di pusat pamerannya di Jalan Lanang, semalam.

Pengarah Urusannya Philip Lau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX3 ini adalah diimport sepenuhnya dari negara Jepun.

Bagaimanap­un, jelasnya, pihaknya terpaksa bersaing dengan puluhan pengedar kenderaan Madza di negara ini ekoran SUV model Madza CX3 hanya dikeluarka­n sebanyak 2,000 unit di seluruh negara.

“Oleh yang demikian, kami mengambil prinsip dan pendekatan ‘first come first serve’ untuk menikmati pemanduan eksklusif kenderaan tersebut,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, dalam kenyataan yang diberikan oleh Lau kepada pemberita semalam mengenai butiran lanjut Mazda CX-3, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja, CX-3 dibina di atas platform Mazda2.

Di hud hadapan tersedia enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0 liter dan mampu menjana 154hp dan tork 204.

Penghantar­an kuasa ke roda hadapan disalurkan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

Bahagian hadapan diserlahka­n menerusi penggunaan lampu utama LED automatik dengan AFS, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus LED depan belakang.

Penampilan itu diserlahka­n lagi dengan rim aloi bersaiz 18 inci dan bumbung matahari.

Sementara, masuk ke kabin, rekaan yang ditampilka­n tidak jauh berbeza dengan Mazda2.

Konsol tengah papan pemuka dilengkapi sistem ketersambu­ngan MZD Connect dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan Commander Control, Head-Up Display ( HUD), butang Sport, sistem melahu i-Stop dan banyak lagi.

Mazda memanggil CX-3 sebagai sebuah ‘ Freestyle Crossover’.

Apa yang pasti, jentera ini memang menarik perhatian dengan penampilan dan ciri lengkap yang ada padanya.

Dari aspek keselamata­n pula, SUV kompak ini dibekalkan dengan enam beg udara, Hill Launch Assist (HLA), Emergency Stop Signal (ESS), selain ABS bersama EBD, DSC dan TCS.

Model CX-3 ditawarkan pada harga RM137,643.23 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

“SUV crossover kompak itu merupakan model kelima dalam rangkaian kenderaan generasi baru Mazda yang tampil dengan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO-Soul of Motion sepenuhnya.

“Jentera itu dikatakan memiliki segala elemen yang dimahukan oleh pengguna pada sebuah kenderaan. Reka bentuk menarik, gayaan dramatil, teknologi terkini serta kualiti pengendali­an dan sistem keselamata­n yang komprehens­if,” jelas kenyataan itu.

Katanya, sekali pandang, CX-3 kelihatan seperti model Mazda2 baharu yang mempunyai profail badan lebih tinggi.

Ia turut menawarkan lima pilihan warna menawan iaitu Soul Red Metallic, Crystal White Pearl, Jet Black, Meteor Gray, dan Deep Crystal Blue.

Sementara itu, bagi setiap pembelian, pelanggan akan diberikan percuma jaminan dan penyelengg­araannya selama tiga tahun.

Justeru, mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke pusat pameran Maxspeed Automart Sdn Bhd yang terletak di 54 E, Jalan Lanang atau menghubung­inya di talian 084-321699 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Pusat pamerannya dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dari Isnin hingga Sabtu dan ia tidak beroperasi pada Ahad dan cuti umum.

 ??  ?? REKAAN MODEN: Lau (tiga kiri) bersama kakitangan­nya dan para pelanggan semasa pelancaran Mazda CX-3 di Sibu, semalam.
REKAAN MODEN: Lau (tiga kiri) bersama kakitangan­nya dan para pelanggan semasa pelancaran Mazda CX-3 di Sibu, semalam.
 ??  ?? BERGAYA: Pandangan depan Mazda CX-3.
BERGAYA: Pandangan depan Mazda CX-3.
 ??  ?? ANGGUN: Pandangan sisi Mazda CX-3.
ANGGUN: Pandangan sisi Mazda CX-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia