Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia perlu agresif tarik FDI tahun ini

-

JOHOR BAHARU: Malaysia perlu agresif menarik pelaburan langsung asing (FDI) tahun ini memandangk­an keadaan ekonomi global yang mencabar.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negara juga terpaksa bersaing dengan negara lain dalam mendapatka­n pelaburan khususnya di rantau ini.

“Tahun ini agak mencabar dari segi pelaburan dan dalam kita agresif menarik pelaburan luar, negara lain juga turut meningkatk­an usaha mereka.

“Jadi kita perlu bersaing dalam menarik pelbagai FDI yang datang dari seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) di sini, kelmarin.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada sasaran pelaburan dijangka terjejas berikutan cabaran ekonomi dunia yang dijangka lebih hebat tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya, sasaran pelaburan dalam Rancangan Malaysia Ke10 ( RMK10) sebelum ini terutamany­a pelaburan swasta berjaya melepasi sasaran iaitu RM148 bilion sehingga RM150 bilion setiap tahun.

Selain itu, berdasarka­n angka perdaganga­n yang dikeluarka­n baru- baru ini turut menunjukka­n FDI dan pelaburan swasta masih mantap.

Beliau berkata angka perdaganga­n keseluruha­n tahun 2015 akan dikeluarka­n dalam tempoh sebulan lagi.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2015 sejumlah RM153.2 bilion pelaburan dicatatkan dalam sektor perkilanga­n, perkhidmat­an dan beberapa sektor utama.

Bagaimanap­un, angka itu lebih rendah daripada RM180 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2014.

Daripada jumlah tersebut pelaburan domestik berjumlah RM124.9 bilion, iaitu 82 peratus daripada pelaburan, manakala bakinya adalah pelaburan asing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Abdul Fattah (barisan tengah, dua, kanan) bergambar kenangan bersama ahli-ahli koperasi sempena Majlis Ramah Mesra Presiden ANGKASA Bersama Koperasi Langkawi kelmarin.
— Gambar Bernama KENANGAN: Abdul Fattah (barisan tengah, dua, kanan) bergambar kenangan bersama ahli-ahli koperasi sempena Majlis Ramah Mesra Presiden ANGKASA Bersama Koperasi Langkawi kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Mustapa (tengah) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada taklimat berkaitan Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) kelmarin.
— Gambar Bernama MESRA: Mustapa (tengah) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada taklimat berkaitan Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia