Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE giat bantu PKS fahami peluang dalam TPPA

Bekerjasam­a rapat dengan persatuan-persatuan usahawan

-

JOHOR BAHARU: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan lebih giat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memahami peluang pasaran dalam Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dzulkifli Mahmud berkata sehubungan dengan itu, MATRADE akan bekerjasam­a rapat dengan persatuan-persatuan usahawan seperti Dewan Perniagaan, Generasi Muda Berjaya dan agensi-agensi berkaitan.

“Kita mahu mereka lebih faham dan membantu mereka memasuki pasaran TPP ini. Kita akan bantu dari segi memberi maklumat mengenai cara melakukan perniagaan, standard perniagaan serta menghubung­kan mereka dengan pengimport dan pengekspor­t yang sesuai,” kata beliau kepada pemberita selepas sesi taklimat TPPA di sini kelmarin.

Beliau berkata mereka yang berminat juga boleh mendapatka­n maklumat terkini dan sesuai mengenai TPPA melalui pejabat Matrade di seluruh negara.

“Kita mahu mereka (peniaga) lebih memahami agar mereka lebih bersedia. Kita tidak mahu wujudkan fear factor (rasa takut), supaya kita boleh bantu mereka pasarkan barangan mereka ke negaranega­ra ini,” kata Dzulkifli.

Selain Malaysia, TPPA terdiri daripada 12 negara dengan pasaran 800 juta penduduk dengan keluaran dalam negara kasar sebanyak AS$27.5 trilion.

Sementara itu, menerusi 150 program yang dianjurkan MATRADE tahun ini, beliau berkata PKS boleh mengambil peluang untuk melihat kepada potensi pasaran TPPA.

Dzulkifli berkata daripada 150 program berkenaan, 85 adalah bagi promosi perdaganga­n dengan 65 untuk pembanguna­n eksport, yang dipilih bagi memanfaatk­an Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) dua hala dan serantau dengan Jepun, Turki, China, Korea, India, Australia, New Zealand serta negara Asean.

Selain itu, ia juga persediaan dalam menghadapi TPPA.

Kelmarin, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 13 perjanjian FTA yang telah ditandatan­gani negara tidak mendatangk­an kekeliruan kepada peniaga sebaliknya memberi peluang bagi golongan usahawan dalam memilih faedah yang paling terbaik untuk perniagaan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia