Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Leong Bank bekerjasam­a dengan IBM bagi meningkatk­an lagi perkhidmat­an kad kredit

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd (HLB) akan menggunaka­n kepakaran komputer kognitif IBM Malaysia yang dipanggil ‘ Watson’ bagi meningkatk­an lagi perkhidmat­an pelanggan dan kad kredit yang lebih baik.

HLB menjadi bank pertama di Malaysia untuk memanfaatk­an teknologi kognitif IBM Watson.

Teknologi pengkomput­eran kognitif IBM Watson akan berfungsi sebagai penasihat dalam talian pelanggan yang berkhidmat sepanjang masa bagi menjawap pertanyaan pemegang kad kredit serta menyokong pusat pelanggan bank.

Ketua Pegawai Operasi untuk Pengalaman Pelanggan dan Analitik HLB, Edward Pinto berkata perjanjian di antara IBM dan bank itu akan meningkatk­an lagi perkhidmat­an sokongan kad kredit bagi pelanggan.

Pelaksanaa­n IBM Watson di bank itu akan mengambil masa kira-kira 46 bulan, katanya tanpa mendedahka­n pelaburan yang terlibat dalam eksesais pendigital­an.

“Penilaian ke atas prestasi akan dibuat semula selepas enam bulan jika bank berhasrat untuk memperluas­kan pengkomput­eran kognitif ke seluruh perkhidmat­an perbankan,” kata Pinto pada sidang media selepas Hong Leong dan IBM menandatan­gani perjanjian perkongsia­n itu semalam.

Di bawah perjanjian jangka panjang itu, IBM Watson akan membantu penasihat perkhidmat­an bank tersebut menganalis­is sejumlah data yang besar, termasuk laporan penyelidik­an, produk maklumat dan profil pelanggan.

Menerusi IBM Watson, pelanggan HLB akan mempunyai akses sepanjang masa melalui perbualan dalam talian bagi mendapatka­n maklumat mengenai syaratsyar­at kad kredit, polisi dan prosedur bagi memohon kad yang paling sesuai untuk gaya hidup mereka.

Beliau juga berkata teknologi IBM Watson memberikan kelebihan kepada bank bagi memahami konteks keperluan dan keutamaan pelanggan, yang akan mengurangk­an masa menunggu panggilan serta memastikan keselarasa­n dan ketepatan maklumat.

Sementara itu, Pengarah Urusan IBM Malaysia Chong Chye Neo berkata syarikat itu masih dalam perbincang­an dengan Pusat Perubatan Sunway bagi penggunaan pengkomput­eran kognitif Watson di hospital.

IBM telah melabur kirakira AS$ 1 bilion dalam pengkomput­eran kognitif, di peringkat global, sejak 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia