Utusan Borneo (Sarawak)

Johor bakal lancar program perumahan golongan berpendapa­tan pertengaha­n

-

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri Johor bakal melancarka­n program perumahan bagi mereka yang berpendapa­tan pertengaha­n dalam usaha memastikan kesemua lapisan masyarakat boleh memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri akan berbincang dengan Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk mencapai hasrat tersebut.

Beliau berkata projek perumahan untuk golongan pertengaha­n itu akan dilancarka­n dalam tempoh kirakira tiga bulan lagi selepas perbincang­an dengan PR1MA selesai.

“Apabila selesai perbincang­an dalam masa dua tiga bulan ini, kita akan lancarkan dan akan beritahu berapa unit dan di mana rumah untuk golongan berpendapa­tan sederhana,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harga setiap unit rumah berkenaan, Mohamed Khaled berkata ia diharap boleh dijual dengan harga kurang daripada RM300,000 seunit.

“Selama ini kerajaan negeri memberi perhatian kepada Rumah Mampu Milik (RMM) dengan harga bawah RM150,000.

“( Kini) sudah tiba masanya kita melihat keperluan pembinaan rumah untuk keperluan menengah, mereka daripada pendapatan pertengaha­n, rumah yang mereka perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Projek Perumahan Mampu Milik Johor dan perasmian Bangunan Rumah Kelab Komuniti Taman Desaru Utama, di sini kelmarin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia