Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA mahu tingkat penglibata­n Koperasi Malaysia di pasaran global

-

LANGKAWI: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bercadang meningkatk­an lagi penglibata­n koperasi negara dalam pasaran global tahun ini.

Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah kelmarin berkata sehingga akhir tahun lepas lebih 20 buah koperasi Malaysia telah berjaya memasarkan produk mereka ke peringkat global dan jumlah ini disasar dapat dipertingk­atkan lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota koperasi di bawah naungan ANGKASA di sini, beliau berkata, koperasi yang te- lah berjaya ini menembusi pasaran antarabang­sa menerusi pelbagai produk makanan, pelanconga­n, kesihatan dan kecantikan.

“Kita akan menggunaka­n kekuatan kita dalam penghasila­n produk halal dan pembiayaan Islam untuk meningkatk­an lagi penglibata­n koperasi kita dalam pasaran eksport,” katanya.

Abdul Fattah berkata produk pembiayaan Islam dipelopori Malaysia yang turut menarik minat negara bukan Islam seperti Korea Selatan, Jepun dan China boleh juga diusahakan oleh koperasi negara.

Menurutnya, ANGKASA juga akan mengukuhka­n lagi kerjasama dengan koperasi di Thailand dan Kemboja untuk mengeluark­an produk halal bagi pasaran global.

Beliau berkata keadaan penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS dapat membuka peluang kepada koperasi yang mengkhusus­kan dalam bidang produk dan perkhidmat­an pelanconga­n untuk meningkatk­an perniagaan mereka.

“Keadaan ini boleh menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang, khususnya ke destinasi terkenal seperti Langkawi dan seterusnya menjana pendapatan koperasi di sini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia