Utusan Borneo (Sarawak)

OTC 2016 dijangka tarik 25,000 pakar industri O&G

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Teknologi Luar Pesisir Asia (OTC Asia) 2016 dari 22-25 Mac ini, dijangka menarik 25,000 pakar dalam penerokaan dan pengeluara­n industri minyak dan gas (O&G) dari lebih 80 negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Program dan Naib Presiden, Pengurusan Petroleum Petronas Muhammad Zamri Jusoh berkata persidanga­n itu akan menangani isu-isu penting yang dihadapi industri tenaga hari ini.

Ini termasuk penguranga­n kos melalui teknik dan inovatif, pengurusan nilai aset melalui teknologi yang didorong oleh data, bagi meningkatk­an kecekapan dan keuntungan.

“Penggunaan teknologi juga akan menjadi saluran utama bagi industri untuk mengharung­i persekitar­an harga yang rendah ketika ini,” kata Muhammad Zamri dalam satu kenyataan.

Persidanga­n itu yang diadakan buat kali kedua di sini, bertemakan ‘Kecemerlan­gan Di Asia’.

Ia akan membabitka­n dua sesi pleno eksekutif, 22 perbincang­an panel, lapan sesi khas dan sembilan taklimat negara.

Pada sesi khas, Petronas akan mempamerka­n inovasinya dalam reka bentuk, kecemerlan­gan dalam pembuatan dan pengurusan projek bagi merealisas­ikan projek pertama kapal pengeluara­n, pemunggaha­n dan penyimpana­n terapung gas asli cecair (LNG) pertama dunia, yang dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Produk terkini, teknologi dan perkhidmat­an lain juga akan dipamerkan di dewan pameran yang disertai 300 peserta industri.

Pendaftara­n dengan diskaun bagi penyertaan awal berakhir pada 25 Jan 2016.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftara­n, sila layari http://2016.otcasia.org. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia