Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik MSF di Yaman pula teruk dibedil

-

DUBAI: Satu serangan misil ke atas sebuah klinik Doctors Without Borders di Yaman telah mengorbank­an sekurang-kurangnya empat orang kelmarin, menurut k u m p u l a n t e r s e b u t , mengecam apa yang ia katakan sebagai satu sikap membimbang­kan dalam serangan sebegitu.

Serangan itu adalah yang ketiga sepertinya dalam tempoh empat bulan di negara yang dibelenggu dengan peperangan, di mana satu pakatan diketuai oleh Arab Saudi telah menentang pemberonta­k Huthi Syiah yang merampas kawasan daripada kerajaan yang diiktiraf oleh pihak antarabang­sa.

Ia juga selepas satu serangan AS di Afghanista­n ke atas sebuah fasiliti yang dijalankan oleh organisasi perubatan kemanusiaa­n yang berpusat di Paris, dikenali dengan nama singkatan dalam bahasa Perancisny­a MSF, yang mengorbank­an 42 orang.

MSF t i dak dapat menyatakan dengan jelas sama ada fasiliti perubatan itu terkena dalam satu serangan udara oleh tentera pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi atau oleh sebiji roket yang ditembak dari darat.

Tiga orang kakitangan MSF adalah di antara 10 orang yang tercedera dalam serangan di Yaman, dan dua orang anggota kakitangan lagi telah berada dalam keadaan kritikal, menurut MSF dalam satu kenyataan.

“Bilangan kematian akan meningkat kerana masih terdapat orang yang terperangk­ap di bawah runtuhan,” jelasnya, sambil menambah bahawa peluru berpandu itu mengenai bangunan perubatan di daerah Razeh di wilayah Saada.

Semua kakitangan dan pesakit telah dikeluarka­n, dengan para pesakit telah dipindahka­n ke sebuah hospital yang diuruskan oleh MSF di Saada, katanya.

Pengarah operasi MSF Raquel Ayora mengecam serangan itu dan mengulangi bahawa organisasi kerap kali berkongsik­an koordinasi bagi bangunanny­a dengan mereka yang berjuang di Yaman.

“Tidak mungkin bahawa sesiapa dengan kapasiti itu akan melakukan satu serangan udara atau melancarka­n sebutir roket yang tidak akan mengetahui” bahawa klinik tersebut merupakan sebuah bangunan kesihatan yang berfungsi disokong oleh MSF, menurut Ayora.

Pada bulan lepas MSF telah menuduh pakatan sebagai mengebom kliniknya di Taez,

Barat daya Yaman, mencederak­an sembilan orang termasuk dua orang kakitangan­nya.

Serta pada Oktober lepas, serangan udara telah mengenai hospital lain yang dijalankan oleh MSF berhampira­n Saada tanpa menyebabka­n sebarang kematian.

Utusan PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed, telah tiba di Sanaa kelmarin bagi meyakinkan pemberonta­k dan sekutu mereka agar menghadiri satu lagi pusingan baharu untuk rundingan damai.

Beliau telah bertemu dengan para pegawai kerajaan Yaman yang berpusat buat sementara waktu di Riyadh, sebelum beliau menuju ke Sanaa.

Menteri Luar Abdel Malak al- Mekhlafi memberitah­u, rundingan yang pada mulanya dijadual pada 14 Januari, telah ditangguhk­an kepada 20 atau 23 Januari.

Kerajaan telah berbincang dengan pemberonta­k dan sekutu mereka pada bulan lepas di Switzerlan­d bagi rundingan selama enam hari yang berakhir tanpa satu penyelesai­an utama.

Juga kelmarin, kolonel perisikan Yaman Ali Saleh al-Nakhibi ditembak mati penyerang tidak dikenali di bandar kedua Aden, menurut pegawai. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MUSNAH: Anggota bomba rejim berdiri di pintu masuk bangunan pejabat yang menempatka­n bilik operasi B’Tselem di Baitulmaqd­is, kelmarin.
— Gambar Reuters MUSNAH: Anggota bomba rejim berdiri di pintu masuk bangunan pejabat yang menempatka­n bilik operasi B’Tselem di Baitulmaqd­is, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia